Empat ‘otai’ NS sedia gegar final

October 28th 2010 | Posted by admin


EMPAT pemain ‘otai’ skuad Negeri Sembilan menyatakan tekad untuk mengganyang Kelantan biarpun diasak bertubi-tubi, lebih-lebih lagi dipikul tugas berat mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang disandang pada tahun 2009.

Kata mereka, misi 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur ini lebih besar cabarannya, bukan setakat menjulang kembali Piala Malaysia ini, tetapi berhadapan ‘musuh’ yang sama-sama ditemui pada babak akhir 2009 lalu.

‘Otai’ Hoben Jang Hoben, Rezal Zambry Yahya, Idris Abdul Karim, Muhammad Shukor Adan dan Ching Hong Aik adalah sandaran skuad ini dalam menghadapi Kelantan, Sabtu ini dan mereka mempunyai cerita untuk dikhabarkan kepada pemain dan penyokong Kelantan.

”Kita akan lenyapkan impian Red Warriors untuk membalas dendam kekalahan mereka musim lalu. Kita akan pertahankan Piala Malaysia untuk kali keduanya,” kata ketua pasukan, Rezal, 32, ketika ditemui di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini, semalam.

Katanya, strategi dan gerak permainan yang diaturkan oleh jurulatih Wan Jamak Wan Hasan pasti menyengat lawan pada babak akhir Sabtu ini.

”Saya akui beban memang di bahu kami. Tetapi kami bukan pasukan pilihan, jika dibandingkan dengan Kelantan. Kami adalah pasukan bertahan yang akan melakukan apa sahaja untuk memastikan piala itu bertakhta di negeri ini,” katanya.

Tambah Rezal, sebagai pemain senior dalam pasukan ini, dia optimis untuk terus meletakkan keyakinan kepada rakan sepasukan bahawa mereka boleh menggegar Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kejutan yang mungkin tidak dapat dirasakan oleh pemain Kelantan.

”Pemain muda dan barisan sedia ada telah buktikan komitmen mereka ketika kami berjaya menjulang Piala Malaysia musim lalu termasuk Piala FA,” katanya.

Rezal yang masih bergelut dengan kecederaan pada lututnya tetap meletakan azam untuk beraksi pada babak akhir ini.

”Tunggu sahaja Jumaat ini, kalau semua baik, saya akan turun beraksi dengan persetujuan jurulatih,” tegasnya.

Sementara itu, Muhammad Shukor, 32, mempunyai tugas besar memastikan benteng pertahanan terus kukuh tanpa boleh dilepasi barisan serangan Kelantan.

”Bukan semua pemain bertuah kerana dapat beraksi pada babak akhir ini dan tentulah bagi pemain ‘otai’ seperti kami semua, akan menjadi penyuntik semangat kepada pemain muda untuk beraksi dengan lebih baik.

”Sudah tentulah sebagai ‘otai’ dalam pasukan, kami akan sentiasa memberi perangsang dan kata-kata semangat kepada rakan sepasukan dan tidak terlalu alpa dengan taktik yang dibawa lawan di tengah padang,” katanya.

Dalam pada itu, Idris, 34, berkata, dia sudah tiga kali bermain di babak akhir Piala Malaysia dan percaya kehadiran ramai pemain muda di dalam skuad Negeri Sembilan akan memberikan kelebihan kepada pasukan ini.

”Walaupun mereka ini muda, tetapi mempunyai bakat yang sudah digilap oleh Wan Jamak. Kami akan terus membimbing mereka di tengah padang.

”Saya akan bermain sebaik mungkin dan memastikan Piala Malaysia ini tidak keluar diusung pemain Kelantan ke Kota Bahru. Saya mahu piala ini diusung dan dibawa kembali ke Seremban,” katanya.

Sementara itu, bek kiri Negeri Sembilan yang juga merupakan pemain paling senior, Hong Aik, 35, beranggapan tugas Negeri Sembilan mempertahankan gelaran juara sebenarnya lebih sukar berbanding Kelantan yang ingin bergelar juara.

”Saya tahu ia akan memberikan sedikit tekanan kepada kami, namun ia bukan alasan untuk tidak melangkah ke stadium itu dengan kejayaan.

”Kami sudah bersedia untuk berhadapan Kelantan, penyokong juga diharap turun beramai-ramai untuk memberikan sokongan. Kami akan bermain dengan cara yang terbaik. Memang pasti dicari, tetapi bola itu bulat, macam-macam boleh berlaku,” katanya.

Utusan Malaysia

Related Posts

Negeri Sembilan juara Piala Malaysia 2011

Pasukan Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia 2011 dengan menewaskan Terengganu 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam sebentar tadi. Negeri Sembilan bangkit menjaringkan dua gol dalam tempoh enam minit dan muncul juara Piala Malaysia buat kali ketiga dalam sejarah penyertaannya dalam kancah saingan Piala Malaysia. Gol kemenangan [...]

Video Sarawak vs Kelantan [0-2]

Video Sarawak FA vs Kelantan FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 KELANTAN yang juga juara Liga Super 2011 tidak menghadapi masalah untuk memungut tiga mata dalam saingan Kumpulan C menewaskan Sarawak 2-0 hasil jaringan Norshahrul Idlan Talaha minit ke-69 dan S Chanturu minit ke-85. Video: Sarawak 0-2 Kelantan | Gol [...]

Video Sime Darby vs Terengganu [0-3]

Video Sime Darby FC vs Terengganu FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 TERENGGANU menang 3-0 ke atas Sime Darby dalam aksi Kumpulan B di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, apabila memperolehi jaringan awal melalui Joseph Kallang Tie pada minit keenam. Reeshafiq Alwi menambah gol kedua 12 minit sebelum separuh masa pertama [...]

Video T-Team vs Selangor [1-0]

Video T-Team FC vs Selangor FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 SELANGOR yang beraksi dalam Kumpulan D terpaksa menerima hakikat bahawa persediaan mereka masih kurang mantap tatkala T-Team menggunakan kesempatan beraksi di gelanggang sendiri di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shahg untuk mencatat kemenangan 1-0 hasil [...]

Video Johor vs Kedah [0-2]

Video Johor FA vs Kedah FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 KEDAH menerajui Kumpulan A selepas memungut tiga mata dengan menewaskan Johor 2-0 di Stadium Larkin hasil Khyril Muhymeen Zambri yang menyumbat dua gol pada minit ketujuh dan ke-80. Video: Johor 0-2 Kedah | Gol Khyril [...]

One Response to “Empat ‘otai’ NS sedia gegar final”

[...] Empat 'otai' NS sedia gegar final – Berita Liga Malaysia [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.