Monday, 21/08/2017


Benar pemain import: FAM putuskan tahun depan

Published on October 5, 2010 by   ·   No Comments

FAM tidak mahu terburu-buru buat keputusan isu pemain import

BELUM ada kepastian sebenarnya sama ada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2012 akan kembali diwarnai dengan kehadiran semula pemain import atau sebaliknya.

Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bermesyuarat buat kali kedua semalam sepakat untuk meneliti dan membuat kajian lebih mendalam terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mempengerusikan mesyuarat tersebut berkata, keputusan muktamad berhubung pengambilan semula pemain import bagi musim 2012 hanya akan dibuat tahun depan.

“Isu import ini kita akan putuskan semula tahun depan kerana terdapat perkara baru yang perlu dikaji dan kita berpendapat isu tunggakan caruman KWSP pemain perlu diselesaikan terlebih dahulu.

“FAM memang berusaha menaikkan semula mutu liga dan pasukan bertanding tetapi bukan hanya dengan pengambilan semula pemain import secara terburu-buru. Kita perlu betulkan dulu struktur liga dan pasukan.

“Kita tak mahu pisang berbuah dua kali. Kita mahu mulakan Liga M 2012 dengan lebih tersusun supaya ia benar-benar membawa bola sepak negara ke mercu kejayaan,” katanya pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.




coded by nessus

Tags: , ,

Readers Comments (0)




Latest News