Thursday, 17/08/2017


ATM perlu atasi Johor FC untuk bersaing

Published on October 6, 2010 by   ·   No Comments

Siaran Langsung Johor FC vs ATM di TV1 8.40 malam ini

Johor FC vs ATM LIVE di TV1TENTERA turun menentang Johor FC di Stadium Pasir Gudang malam ini dengan satu tujuan iaitu memburu kemenangan mutlak untuk terus bersaing dalam kempen Piala Malaysia 2010.

Selepas mencatat keputusan seri dalam tiga pertemuan pusingan pertama Kumpulan C, Tentera mengalami kekalahan pertama 0-1 kepada Perak dalam perlawanan pertama pusingan kedua di tempat sendiri, kelmarin.

“Kekalahan ini menyukarkan laluan pasukan dan kita tidak ada pilihan kecuali memenangi pertemuan dengan Johor FC jika mahu menghidupkan peluang saingan ke pusingan seterusnya,” kata jurulatih, Zulhamizan Zakaria.

Sehubungan itu, dia mengerahkan anak buahnya bermati-matian sebaik wisel permulaan ditiupkan untuk memecahkan kubu lawan.

Kata Zulhamizan, kekalahan tipis kepada Perak di tempat sendiri tidak melemahkan semangat pemain, sebaliknya mereka berazam bangkit menebus kehampaan dalam pertemuan kedua ini.

Tentera memungut tiga mata dalam Kumpulan C, tetapi mampu melonjak ke tangga lebih selesa sekiranya menundukkan Johor FC yang kini memimpin kumpulan itu dengan enam mata hasil satu kemenangan dan tiga seri.

Menurutnya, pemain beraksi baik ketika menentang Perak dengan menguasai permainan sejak awal tetapi sedikit kelalaian digunakan pelawat untuk menghasilkan satu gol pemisah.

“Saya berharap penyerang V Saravanan dan Fauzan Zulkifli tidak mensesiakan peluang terhidang,” katanya.




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News