Monday, 16/09/2019


Annuar mohon kerajaan negeri pertimbang cuti 31 Okt

Published on October 25, 2010 by   ·   No Comments

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata kerajaan negeri wajar mempertimbangkan untuk memberi cuti peristiwa sehari sebagai menghargai kemaraan pasukan bola sepak negeri itu ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 pada 30 Oktober ini.

Menurut Annuar cuti wajar diberi memandangkan secara tradisinya puluhan ribu penyokong Kelantan tidak terlepas peluang hadir memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka lebih-lebih lagi apabila beraksi di pentas final.

“Bagi pihak KAFA kita minta kemudahan untuk penyokong bercuti pada hari Ahad (31 Oktober) macam tahun lalulah.

“Supaya mereka tidaklah terburu-buru.. tergesa-gesa balik dengan jumlah kereta yang ramai.. memungkinkan menimbulkan ancaman kepada keselamatan (para penyokong),” katanya.

Mengenai aksi final menentang Negeri Sembilan nanti, Annuar menasihati semua penyokong negeri itu agar dapat mengawal emosi semasa dan selepas perlawanan berlangsung.




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News