Akmal Rizal wira Kelantan benam Selangor

October 16th 2010 | Posted by admin


Kelantan 3-0 SelangorAKMAL Rizal Rakhli membuktikan dirinya tetap berbisa apabila muncul wira dengan menjaringkan satu gol dan mencipta satu lagi untuk menjulang Kelantan muncul pasukan pertama mara ke separuh akhir Piala Malaysia dengan kemenangan 3-0 ke atas Selangor di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, malam tadi.

Terikat tanpa jaringan di Stadium Shah Alam dalam suku akhir pertama Selasa lalu, bekas penyerang kebangsaan berusia 29 tahun itu mengembalikan zaman kegemilangannya dengan tandukan cantik pada minit ke-24 untuk gol kedua pasukan tuan rumah.

Dia kemudiannya melarikan bola di sayap kiri sebelum menghantar tepat ke arah Mohd Badhri Radzi untuk melakukan penyudah bagi jaringan terakhir Kelantan pada minit ke-79.

Ketika perlawanan seimbang pada babak awal, kegagalan Asraruddin Putra Omar menghalang kemaraan Mohd Norfarhan Muhammad mengundang padah dengan jaringan pembukaan Kelantan pada minit ke-14.

Mohd Norfarhan meledakkan rembatan kencang kaki kiri yang menuju ke penjuru kanan gawang dengan penjaga gol, Hamsani Ahmad tidak mampu berbuat apa-apa.

Jelas kehadiran 30,000 penyokong tempatan yang memenuhi kapasiti Stadium Sultan Mohd IV menjejaskan rentak pemain pelawat yang tampak gugup ketika penyokong Selangor membuat keputusan tidak bertandang ke Kota Bharu.
Seakan kaki diikat besi, pemain Selangor kelihatan kaku di atas padang, ketika tuan rumah semakin yakin melancarkan serangan bertali arus.

Hasilnya, tidak lama kemudian The Red Warriors menggandakan kelebihan apabila bekas pemain kebangsaan, Akmal Rizal Rakhli yang tidak kawal bijak mengarahkan tandukan untuk sekali lagi menewaskan Hamsani pada minit ke-24, hasil hantaran lintang kapten, Indra Putra Mahayuddin.

Related Posts

Norshahrul Idlan kekal status Pemain Paling Bernilai 2011

Norshahrul dianugerah Pemain Paling Bernilai Supermokh NORSHAHRUL Idlan Talaha mengekalkan gelaran Pemain Paling Bernilai Supermokh dalam majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-Astro Arena-FAM 2011 yang diadakan di hotel Holiday Inn, Glenmarie, Shah Alam tengah hari tadi. Penyerang Kelantan yang menjaringkan 19 gol dalam kempen [...]

Khairul Fahmi calon pilihan

SEIRING dengan slogan 100- PLUS, Outdo Yourself, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat berjaya membuktikan bahawa dia sememangnya calon paling layak untuk merangkul anugerah Pemain Muda Terbaik 2010. Namun, keputusan pemenang bagi kategori itu serta beberapa kategori lain hanya akan diumumkan pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan [...]

Norshahrul wira Red Warriors

KELANTAN sekali lagi berjaya mengulangi pencapaian terbaiknya dalam tempoh 40 tahun apabila layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut setelah menunjukkan jalan keluar buat Kedah hasil kemenangan tipis 1-0 pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi. Tahun lalu, Kelantan [...]

Syed Adney sedia galas harapan

PENJAGA gol Kelantan, Syed Adney Syed Hussain bersedia meneruskan aksi cemerlangnya pada pertarungan menentang KL Plus dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu malam ini. Keyakinan tersebut diluah Syed Adney selepas dia mendapat semula sentuhan kemas dalam dua perlawanan terdahulu. Menurutnya, peluang yang [...]

One Response to “Akmal Rizal wira Kelantan benam Selangor”

commenter

KELANTAN BOLEH MENANG TAK SHAHRUL TAALA

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.