Akmal Rizal janji aksi terbaik

October 30th 2010 | Posted by admin


Akmal Rizal Ahmad RakhliSUATU ketika dahulu nama Akmal Rizal Ahmad Rakhli hampir dilupakan oleh peminat sukan bola sepak di negara ini selepas mengalami kecederaan yang memaksanya berehat panjang.

Namun, sebaik sahaja menyarung jersi keramat The Red Warriors, kelibat Akmal Rizal di atas padang menjadi perhatian dan sebutan di kalangan peminat setia pasukan tersebut.

Beraksi bersama Kelantan, Akmal yang jarang-jarang diturunkan bagaikan mendapat sentuhan ajaib apabila mempamerkan kebangkitan sebaik sahaja aksi Piala Malaysia dimulakan.

Enam gol yang diledakkan sepanjang kempen Piala Malaysia membuktikan anak kelahiran Jitra, Kedah ini masih memiliki sentuhan berbisa, malah status sebagai penjaring terbanyak yang dipegang setakat ini membuatkan kelibatnya digeruni lawan.

Bermula dengan jaringan ketika aksi menentang PKNS Kelana Jaya 17 September lalu, Akmal tidak menoleh ke belakang lagi apabila terus mencatatkan nama selaku pencetak utama The Red Warrios.

Terakhir jaringannya ketika Kelantan menewaskan juara 32 kali Piala Malaysia, Selangor di Kota Bharu 3 Oktober lalu membangkitkan semangatnya untuk membantu Kelantan membawa pulang piala berprestij itu ke Kota Bharu.

Akmal Rizal ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, dia mahu mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan akhir Piala Malaysia malam ini.

Menurutnya, pentas perlawanan akhir malam ini cukup istimewa, kerana ia adalah pentas akhir yang pertama buat dirinya sepanjang bergelar pemain profesional.

“Jadi saya mahu menghadiahkan kejuaraan pertama Piala Malaysia diri saya sendiri, pasukan dan penyokong setia Kelantan.

“Namun begitu, semuanya terletak di bahu ketua jurulatih sama ada mahu menyenaraikan saya sebagai pemain utama atau tidak. Sebagai pemain, saya akan mengikut segala percaturan yang telah ditetapkan.

Tambahnya, beraksi di hadapan lebih 50,000 peminat setia tidak memberikan tekanan buat dirinya, malah Akmal menganggap ia akan dijadikan sebagai pembakar semangat untuk memberikan aksi terbaik.

“Saya sudah biasa dengan keadaan tersebut kerana apa yang lebih utama saya mahu memberi fokus sepenuhnya sepanjang perlawanan,” ujarnya.

Ditanya adakah dia membuat kesilapan menyarung jersi Kelantan, Akmal menafikannya, malah tidak berasa kesal.

Sebaliknya, dia berterima kasih kepada ketua jurulatih dan Persatuan Bola Sepak Kelantan yang masih percaya sentuhannya.

“Apa yang saya buat ini adalah satu keputusan yang sangat tepat,” katanya.

– Utusan Malaysia

Related Posts

Negeri Sembilan juara Piala Malaysia 2011

Pasukan Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia 2011 dengan menewaskan Terengganu 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam sebentar tadi. Negeri Sembilan bangkit menjaringkan dua gol dalam tempoh enam minit dan muncul juara Piala Malaysia buat kali ketiga dalam sejarah penyertaannya dalam kancah saingan Piala Malaysia. Gol kemenangan [...]

Video Sarawak vs Kelantan [0-2]

Video Sarawak FA vs Kelantan FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 KELANTAN yang juga juara Liga Super 2011 tidak menghadapi masalah untuk memungut tiga mata dalam saingan Kumpulan C menewaskan Sarawak 2-0 hasil jaringan Norshahrul Idlan Talaha minit ke-69 dan S Chanturu minit ke-85. Video: Sarawak 0-2 Kelantan | Gol [...]

Video Sime Darby vs Terengganu [0-3]

Video Sime Darby FC vs Terengganu FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 TERENGGANU menang 3-0 ke atas Sime Darby dalam aksi Kumpulan B di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, apabila memperolehi jaringan awal melalui Joseph Kallang Tie pada minit keenam. Reeshafiq Alwi menambah gol kedua 12 minit sebelum separuh masa pertama [...]

Video T-Team vs Selangor [1-0]

Video T-Team FC vs Selangor FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 SELANGOR yang beraksi dalam Kumpulan D terpaksa menerima hakikat bahawa persediaan mereka masih kurang mantap tatkala T-Team menggunakan kesempatan beraksi di gelanggang sendiri di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shahg untuk mencatat kemenangan 1-0 hasil [...]

Video Johor vs Kedah [0-2]

Video Johor FA vs Kedah FA Piala Malaysia 2011 6 September 2011 Matchday #1 KEDAH menerajui Kumpulan A selepas memungut tiga mata dengan menewaskan Johor 2-0 di Stadium Larkin hasil Khyril Muhymeen Zambri yang menyumbat dua gol pada minit ketujuh dan ke-80. Video: Johor 0-2 Kedah | Gol Khyril [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.