Monday, 21/08/2017


Perlawanan Piala FA JDT vs T-Team ditangguh

Published on February 2, 2014 by   ·   No Comments

insiden kekecohan t-team boikot game lawan jdt di larkin piala fa 2014

T-Team enggan teruskan perlawanan babak kedua atas alasan keselamatan

Hampir 30,000 penyokong Harimau Selatan pulang hampa apabila perlawanan pusingan kedua Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang T-Team terpaksa ditangguhkan pada babak kedua perlawanan, malam tadi.

Perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini, terpaksa ditangguhkan ketika JDT mendahului T-Team 2-1.

Komisioner perlawanan, Zainal Mukri, berkata selepas tamat perlawanan masa pertama berlaku pertelingkahan antara jurulatih JDT, Cesar Fernando Jiminez dan jurulatih kecergasan T-Team, Stefano Impagliazzo.

Katanya, ketika di dalam terowong pertelingkahan terbabit mendapat campur tangan pemain kedua-dua pasukan hingga menyebabkan T-Team enggan meneruskan perlawanan.

Video insiden kekecohan dan suasana tegang menuju bilik persalinan 1st Half

Aimar ledak

“Saya belum mendapat laporan rasmi kenapa T-Team enggan meneruskan perlawanan. Kita akan mendapatkan alasan rasmi daripada mereka.

“Jadi, perlawanan malam ini (malam tadi) ditangguhkan. Kejadian dan keputusan malam ini akan dihantar kepada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM untuk keputusan lanjut,” katanya.

Dalam perlawanan itu, gol pertama JDT dijaringkan Pablo Aimar hasil sepakan percuma di luar kotak penalti pada minit ke-16 selepas Amri Yahya dijatuhkan pemain pelawat.

JDT kemudian mengukuhkan kedudukan pada minit ke-20 selepas hantaran lintang Aimar ditanduk kemas Liciano Figueroa.

Kapten T-Team, Mohd Marzuki Yusof bagaimanapun merapatkan jurang hasil sepakan percuma di luar kotak penalti pada minit ke-26.

t-team boikot perlawanan lawan jdt piala fa 2014

Komisioner tangguh perlawanan

PERLAWANAN pusingan kedua Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan T-Team ditangguhkan selepas wakil kelab dari Terengganu itu enggan meneruskan perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru, malam tadi.

Keputusan menangguhkan perlawanan ke tarikh baru diumumkan oleh komisioner perlawanan, Zainal Mukri selepas pasukan pelawat dilaporkan enggan meneruskan perlawanan pada separuh masa kedua atas faktor keselamatan.

JDT sedang mendahului T-Team dengan keputusan 2-1 pada aksi separuh masa menerusi sentuhan penyudah penyerang import dari Argentina, Luciano Figueroa, masing-masing pada minit ke-15 dan 20.

Skuad ‘The Titans’ merapatkan defisit jaringan hasil sepakan percuma daripada jarak 20 meter menerusi kapten pasukan, Marzuki Yusoff pada minit ke-26.

Zainal yang ditemui selepas itu berkata, pihaknya akan merujuk perlawanan berkenaan kepada Persatuan Bola Sepak (FAM) sama ada untuk mengekalkan keputusan itu atau perlawanan ulangan diadakan.

Bagaimanapun, mengikut peraturan FAM, sesuatu perlawanan ulangan yang terpaksa dijalankan berikutan pembatalan atau penangguhan, ia akan disambung hanya dengan baki tempohnya dan bukan lagi dimulakan daripada minit pertama.

Selain itu, kedudukan jaringan dan layangan kad semasa dikekalkan manakala pasukan diwajib menurunkan barisan pemain yang sama. — Metro Ahad




coded by nessus

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News