Monday, 17/12/2018


Negeri Sembilan juara Piala FA 2010

Published on April 11, 2010 by   ·   3 Comments

JUARA Piala Malaysia 2009, Negeri Sembilan menambah satu lagi koleksi kejuaraan bola sepak tempatan apabila menjuarai Piala FA 2010 selepas menundukkan Kedah 5-4 menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tambahan masa perlawanan berakhir.

Ia adalah kemenangan kedua buat Negeri Sembilan dalam sejarah kejohanan Piala FA.

Pada perlawanan itu, Kedah yang terlebih dahulu membuka jaringan awal pada minit ke-27 melalui penyerang berbisa mereka, Baddrol Bakhtiar yang menewaskan penjaga gol lawan, Sani Anuar Kamsani.

Penyerang bawah 23 tahun kebangsaan itu menerima hantaran rakan sepasukan, Mohd Safiq Rahim sebelum bijak melambungkan bola ke gawang gol setelah Sani terkeluar dari posisinya.

Gol itu nyata membakar semangat anak-anak buah jurulatih Ahmad Yusof yang mendapat sorakan kira-kira 35,000 penyokong untuk terus mengasak bertali-arus namun dinafikan kekentalan benteng pertahanan lawan yang dikemudi oleh Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Mohd Syukor Adan.

Namun gol pendahuluan itu tidak bertahan lama apabila Negeri Sembilan mengemaskan rentak dan mengatur serangan seterusnya berjaya bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-38.

Mohd Shaffik Rahman licik memperdayakan tiga pertahanan Kedah yang diketuai oleh Mohd Fazliata Taib sebelum menolak bola menewaskan penjaga gol, Mohd Helmi Eliza Elias menceriakan 25,000 penyokong ‘Hobin Jang Hobin’.

Bersambung babak kedua, Negeri Sembilan yang dibimbing jurulatih Wan Jamak Wan Hassan terus dihidangkan dua peluang melalui Mohd Zaquan Adha dan Mohd Aidil Zafuan namun dihampakan kecekapan Mohd Helmi.

Kedah turut mendapat beberapa peluang untuk menjaringkan gol terutamanya melalui Mohd Khril Muhyameen Zamri tetapi gagal diterjemahkannya untuk gol penyudah.

Kedua-dua Menteri Besar, Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Abdul Razak dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan turut hadir menyaksikan aksi final yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu.

Kedah bagaimana pun tidak pulang hampa apabila meraih dua anugerah pemain terbaik, Penjaga Gol Terbaik (Helmi Eliza Elias) dan Pemain Terbaik Final yang dimenangi Baddrol Bakhtiar.

Sementara itu aksi Liga Super 2010 akan bersambung 17 April ini di mana ulangan final Piala Malaysia 2009 akan berlangsung apabila juara baru Piala FA akan membuat perhitungan dengan Kelantan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Jadual dan Keputusan Penuh Piala FA 2010




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (3)

  1. aina says:

    negeri sembilan juara

  2. awang says:

    hahaha..setakat penalti je pon…juara pon nk masuk afc pon takot….ekekeke….
    lawan kelate pon kalah 3-1

  3. Joe_Subang says:

    hahahah!toksah nk brlagak la n9..aku dh ckp,korg dpt masuk final fa itu hri pn sbb korg main bachol..main bola pakai tgn..menang piala pn sbb nasib..klu x disebabkn kesilapan keeper kedah hri tu,mmg korg la sbnarnya meroyan! tgk, 2 game brturut2 selepas final korg kalah..team kuat ke mcm ni??nk tergelak betul aku nih bila korg meroyan title ‘terkuat’ tu! ahahahah! baru cadangan suruh masuk AFC,sudah kecut..belum bertempur sudah mengalah..xde sikap team terkuat langsung! lain kali klu dh takut nk main bola, pegi main bola tampar ye..hahahah!




Latest News