Selangor, Terengganu mara, Kelantan tersingkir

February 20th 2010 | Posted by admin


NAIB Juara musim lalu, Kelantan tersingkir dari saingan Piala FA 2010 selepas sekadar seri 1-1 dengan Kedah di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, malam ini.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 secara agregat, namun Kedah mempunyai kelebihan dari segi jaringan di tempat lawan selepas keputusan perlawanan pertama di Alor Setar berkesudahan seri tanpa jaringan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Seri Anuar Musa nyata tidak dapat menyembunyikan kekecewaan beliau terutama atas kegagalan barisan depan pasukan Kijang menyudahkan banyak peluang terhidang.

Sambil tidak menafikan Kelantan menguasai sepenuhnya perlawanan malam ini, namun ketumpulan barisan serangan menterjemahkan peluang kepada jaringan gol nyata menghampakan.

Dalam perlawanan lain juara musim lalu, Selangor meneruskan saingan ke suku akhir sekali pun tewas 0-1 kepada PKNS malam ini, namun pasukan Merah Kuning mara dengan kemenangan agregat 2-1.

Juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan tidak menghadapi masalah ke suku akhir apabila membelasah PDRM 5-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi untuk mara dengan agregat 8-2.

Turut mara ke suku akhir ialah Terengganu, T-Team, ATM, KL Plus, Pos Malaysia.

Related Posts

Juara Piala FA dapat RM200,000

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) menunaikan janji memberikan ganjaran wang tunai RM200,000 kepada skuad bola sepak negeri itu berikutan kejayaan menjulang Piala FA menewaskan Kedah 5-4 menerusi penentuan penalti, Sabtu lalu. Menteri Besar merangkap Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan menyerahkan ganjaran itu kepada kapten, [...]

KAFA kecewa sikap berat sebelah media, FAM

SETELAH TM Piala FA 2010 berlalu tanpa sebarang ulasan media berkaitan pembakaran mercun dan kerosakan yang dilakukan kedua-dua penyokong Kedah dan Negeri Sembilan ketika perlawanan akhir TM Piala FA 2010 seperti kebiasaan yang dihebohkan setiap kali melibatkan penyokong Kelantan telah mengundang kekecewaan peminat bolasepak Kelantan kerana pihak [...]

NS kuasa baru bola sepak tempatan?

KEJAYAAN menjulang Piala FA kelmarin, membuktikan skuad Negeri Sembilan kini merupakan kuasa baru bola sepak negara, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan. Namun, beliau mahu skuad Rusa mengekalkan prestasi dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia. Menurut Mohamad, yang juga Menteri Besar nyata [...]

Wan Jamak sudah patah semangat

JURULATIH Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan mengakui dia patah semangat seketika selepas melihat sepakan penalti pertama Mohd Zaquan Abd Radzak dan selepas itu M Asyraf Al Jafri gagal menggegar gawang Kedah ketika sepakan penalti penentuan pada final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam. Permainan 120 minit yang terikat pada [...]

N.Sembilan juara penentuan penalti keenam

SANI Anuar Kamsani muncul wira apabila menyelamatkan penalti Mat Sabre Abu untuk memberikan gelaran Piala FA kedua buat Negeri Sembilan selepas edisi 2003 menerusi kejayaan 5-4 dalam penentuan sepakan penalti, mengecewakan Kedah pada final di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Ia adalah kali keenam pemenang terpaksa ditentukan menerusi [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.