Friday, 23/08/2019


Kedah hampa, Piala FA milik Negeri Sembilan

Published on April 11, 2010 by   ·   No Comments

NEGERI Sembilan muncul juara Piala FA selepas menewaskan Kedah 5-4 menerusi tendangan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Penjaga gol Kedah, Helmi Eliza Elias yang meraih anugerah penjaga gol terbaik pada perlawanan akhir itu melepaskan peluang keemasan pada sepakan penalti terakhir ketika kedudukan penalti terikat 4-4, namun dia menyepak tinggi melepasi palang gol.

Selaku Juara Piala FA, Negeri Sembilan mendapat tiket automatik untuk beraksi pada Piala AFC tahun depan.




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News