Saturday, 25/11/2017


KAFA kecewa sikap berat sebelah media, FAM

Published on April 12, 2010 by   ·   2 Comments

SETELAH TM Piala FA 2010 berlalu tanpa sebarang ulasan media berkaitan pembakaran mercun dan kerosakan yang dilakukan kedua-dua penyokong Kedah dan Negeri Sembilan ketika perlawanan akhir TM Piala FA 2010 seperti kebiasaan yang dihebohkan setiap kali melibatkan penyokong Kelantan telah mengundang kekecewaan peminat bolasepak Kelantan kerana pihak media dan FAM hanya membisu dengan insiden yang berlaku di kedua perlawanan separuh akhir dan akhir yang melibatkan Kedah dan Negeri Sembilan baru-baru ini.

Sikap media dan FAM ini ternyata tidak dapat membantu usaha KAFA yang telah bertungkus lumus memastikan setiap perlawanan melibatkan Kelantan bebas mercun dan kerosakan harta benda dengan memastikan kehadiran polis memantau keadaan ini. Kekecewaan mereka telah diluahkan diruangan laman sosial FACEBOOK dan forum-forum yang disediakan oleh komuniti penyokong Kelantan.

Alhamdullilah setelah beberapa siri perlawanan, penyokong Kelantan telah berjaya meninggalkan tabiat-tabiat buruk ketika perlawanan bolasepak tetapi amat malang usaha mereka tidak dihargai FAM malahan membiarkan penyokong negeri lain bebas meneruskan tabiat buruk yang ditinggalkan penyokong Kelantan ini.

Penyokong Kelantan harus berbangga kerana diakui kemeriahan bolasepak dan stadium di Malaysia hilang gah dan serinya tanpa kehadiran penyokong Kelantan, pada perlawanan akhir sabtu lepas kehadiran kedua-dua penyokong belum mampu menyamai kehadiran penyokong Kelantan pada 2 perlawanan akhir tahun lepas.

Mungkin sekiranya Kelantan masih berpeluang pada tahun ini ke perlawanan akhir sudah pasti bilangan penonton di stadium akan bertambah dan usaha mana-mana pihak yang cuba memperlekehkan imej penyokong Kelantan dengan lambat membuka pintu masuk, membuka hanya 1 pintu masuk dan membiarkan penyokong Kelantan berhujan di luar stadium perlu diatasi oleh pengurusan stadium Bukit Jalil.

Pihak KAFA amat berharap kekecewaan penyokong Kelantan dengan sikap media dan FAM dalam menangani isu mercun dan keganasan ini tidak akan menjejaskan sikap penyokong Kelantan yang telah berjaya berubah menjadi lebih profesional sejak 6 perlawanan TM Liga Super 2010 kebelakangan ini.

Penyokong Kelantan perlu mengelakkan membawa mercun, memprovokasi dan mengelakkan memulakan siri keganasan dan vandalisme terhadap penyokong lawan dan harta benda awam.

Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa sendiri berasa bangga dengan perubahan sikap yang dipamerkan oleh seluruh warga The Red Warrrios dan beliau berjanji akan sentiasa memastikan skuad The Red Warriors memberikan hadiah kemenangan kepada semua penyokong setia The Red Warriors.

Beliau sendiri tidak teragak-agak akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemain yang masih belum menunjukkan kesungguhan dalam skuad The Red Warriors.

Sokong Biar Bijak, Dipandang Bijak, Bertindak Bijak, Bijak Sokmooo..Main pun biar bijak.Gomo Kelate Gomo..

Dipetik dari laman rasmi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA)
www.theredwarriors.com




coded by nessus

Tags: , , , , ,

Readers Comments (2)

  1. hasim setopa says:

    setujuuuuuuu…..

  2. ade says:

    rakyat klate hok mano ado kelebihan dan minat jadi wartawan.pakat g ramai2 mintak jadi wartawan kat akhbar2 kat malaysia ni.buat laporan bia adil dan saksama dale mano2 berita sukan.




Latest News