Wednesday, 28/06/2017


Teka-teki siapa lawan Harimau Muda belum terjawab

Published on July 25, 2012 by   ·   No Comments

MISTERI mengenai siapa lawan skuad Harimau Muda pada kejohanan jemputan – Java Cup 2012 – di Jakarta, Indonesia yang bakal membuka tirainya esok masih belum terjawab.

Pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee memberitahu, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang makluman rasmi berhubung pemindaan jadual daripada penganjur.

Menurut beliau, ia mungkin hanya diketahui sebaik selesai mesyuarat pengurusan antara kesemua pasukan pukul 6 petang ini (7 petang waktu Malaysia).

“Saya dikehendaki menghadiri mesyuarat itu petang esok (hari ini), mungkin selepas itu baru saya tahu siapa lawan kami,” katanya semalam.

Skuad Harimau Muda yang turut mendapat sentuhan lapan ‘pemain import’ iaitu tiga pemain Perak (Shahrulnizam Mustapha, Michal Kubala dan Hisyammudin Shaari), dua pemain Selangor (Amri Yahyah dan Ramez Dayoub), Mohd. Azrif Nasrulhaq (PKNS), Christie Jaya Seelan (ATM) dan Shukor Adan (Negeri Sembilan) mula dihimpit kontroversi ekoran lawan mereka, Galatasaray dikatakan menarik diri daripada kejohanan tersebut pada saat-saat akhir.

Selain Galatasaray, turut menyertai kejohanan Java Cup yang diadakan secara kalah mati itu ialah skuad kebangsaan Indonesia dan kelab England, Everton.

Mengikut jadual asal, Harimau Muda bakal berdepan Galatasaray, Jumaat ini, manakala Indonesia pula berdepan Everton malam esok.

Pemenang kedua-dua perlawanan itu bakal membuat perhitungan di pentas final pada Ahad ini.

Enggan menganggap masalah yang itu sebagai satu serangan psikologi Indonesia, Kim Swee sebaliknya tidak melatah, sambil menegaskan anak-anak buahnya bersedia untuk beraksi pada bila-bila masa.

“Banyak sangat spekulasi yang saya dengar ketika ini. Ada yang kata Uruguay yang akan ganti Galatasaray tetapi Uruguay belum tentu datang.

“Selain itu, ada juga yang kata Indonesia bakal mempertaruhkan dua pasukan iaitu skuad senior dan skuad belia.

“Jadi, selagi belum ada hitam putih selagi itu saya enggan mengulas lanjut,” katanya.




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News