Thursday, 17/08/2017


Penyokong saman FAM RM1 juta

Published on July 24, 2012 by   ·   No Comments

Insiden perlawanan Kelayakan Piala Dunia Zon Asia

BEKAS pereka grafik yang buta mata kanannya akibat terkena mercun ketika menyaksikan perlawanan Kelayakan Piala Dunia Zon Asia 28 Jun 2011 menuntut ganti rugi hampir RM1 juta daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tiga defendan lain.

Tuntutan itu berdasarkan kecederaan yang dialami turut mengakibatkannya hilang pendapatan.

Saman difailkan Ahmad Jazimin Mohd Jalaludin menerusi sebuah firma guaman di Mahkamah Kuala Lumpur.

Selain FAM, Ahmad Jazimin turut menamakan Ketua Polis Negara, Ketua Polis Selangor dan Kerajaan sebagai pihak defendan.




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News