Pengadilan buruk bolehkan China atasi Malaysia 3-0

November 14th 2010 | Posted by admin


Tiada seorang pun pemain China dilayang kad

Malaysia vs ChinaMALAYSIA melangkah ke pusingan kedua bola sepak Sukan Asia Guangzhou 2010 sekalipun tewas kepada China 0-3 dalam perlawanan ketiga Kumpulan A di Stadium Tianhe, malam tadi yang penuh dramatik dengan tiga pemain negara dilayangkan kad merah.

Malaysia menepati sasaran – menamatkan penantian 32 tahun untuk ke pusingan kedua – selepas menjadi salah satu daripada empat pasukan tempat ketiga terbaik, daripada enam kumpulan dengan tiga mata hasil kemenangan ke atas Kyrgyzstan, mengatasi Palestin dan Maldives yang memungut satu dan dua mata dalam kumpulan masing-masing.

Namun, permainan yang dijangka menarik pada awalnya, memihak kepada China pada minit ke-25 apabila tiga kad merah dilayangkan pengadil Ben Williams dari Australia kepada Mahalli Jasuli dan kapten, Safiq Rahim serta K Kunalan pada minit ke-80.

Situasi itu memaksa jurulatih K Rajagobal yang sudah pun kehilangan beberapa tonggak, tidak punya pilihan selain membuat pertukaran taktikal dengan memasukkan K Gurusamy bagi menggantikan Mohd Faizal Abu Bakar, Mohd Faizal Muhamad untuk Amar Rohidan pada babak pertama dan Izzaq Faris Ramlan dengan Norshahrul Idlan Talaha di babak kedua.

“Saya kecewa dengan pengadilan. Dengan 10 pemain pun saya yakin kami mampu mengikat mereka tetapi tanpa dua pemain termasuk Safiq, dan kemudian Kunalan, tiada apa yang pemain mampu lakukan.

Namun saya puji sikap pemain muda kita yang tetap melawan. Bagi saya, pengadil merosakkan segala-galanya,” kata Rajagobal yang mengakui tidak mengetahui Malaysia sudah layak ke pusingan kedua sebelum permainan itu bermula tetapi perlu memikir strategi terbaik untuk menghadapi juara Kumpulan B, Iran, di pusingan kedua, esok.

Dalam perlawanan di depan 25,000 penonton itu, China menguasai sepenuhnya permainan untuk mengembalikan sokongan peminatnya selepas kalah kepada Jepun tempoh hari, dengan mengasak seawal minit kedua apabila penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat terpaksa melayangkan badan untuk menafikan cubaan pertama tuan rumah.

Dengan corak permainan bertahan, China mengasak bertubi-tubi tetapi Khairul Fahmi sekali lagi menafikan tandukan Zhang Yuan pada minit ke-16 dengan peluang terbaik negara diperoleh daripada hantaran silang S Chanturu tetapi tiada rakan yang menyambar hinggalah insiden dua kad merah yang merencatkan terus permainan.

Namun pujian harus diberikan kepada semua pemain yang bekerja keras terutama Khairul Fahmi yang banyak menyelamatkan cubaan bahaya tuan rumah sebelum tertewas dengan tandukan Li Jianbin pada minit ke-62, sepakan percuma Zhao Hongiue (m65) dan penalti Zhang Linpeng (m83).

Related Posts

Video Malaysia vs Bahrain [2-3]

Video Malaysia vs Bahrain Kelayakan Sukan Olimpik 2012 Stadium Nasional Bukit Jalil 27 November 2011 Video: Malaysia 2-3 Bahrain | Gol Nazmi Faiz Mansor Video: Malaysia 2-3 Bahrain | Gol Mahali Jasuli Video: Malaysia 2-3 Bahrain | Gol-Gol Bahrain Keputusan Penuh: Malaysia tewas 2-3 kepada [...]

Video Gol Nazmi Faiz Mansor [Malaysia vs Bahrain]

Video Gol Nazmi Faiz Mansor Malaysia vs Bahrain [Kelayakan Olimpik 2012] 27 November 2011 Stadium Nasional Bukit Jalil Video Gol Nazmi Malaysia tewas 2-3 kepada Bahrain, namun gol Nazmi Faiz sedikit sebanyak mengubati kekecewaan penyokong [...]

Malaysia tuan rumah Piala AFF Suzuki 2012

Peluang terbaik Malaysia pertahan kejuaraan Piala AFF MALAYSIA dan Thailand dipilih sebagai negara tuan rumah bersama bagi menganjurkan kejohanan Piala AFF Suzuki 2012. Perkara itu diputuskan ketika perjumpaan mesyuarat ahli AFF sesi 2007/2011 ke-18 di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Kali terakhir Malaysia menjadi hos kejohanan ini [...]

Tangguh SPM: Pengorbanan Nazmi Faiz berbaloi

Nazmi tangguh peperiksaan, duduki SPM tahun depan PEMAIN paling muda dalam skuad Olimpik negara Muhd Nazmi Faiz Mansor akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan setelah tidak berbuat demikian tahun ini. Demi bagi membantu skuad Harimau Muda beraksi di Temasya Sukan SEA Indonesia 2011 yang baru berakhir, [...]

Kelayakan Olimpik: Malaysia belum menyerah

KELMARIN, skuad Harimau Muda dikecewakan 0-2 oleh Syria dalam saingan kelayakan Olimpik 2012 peringkat Kumpulan C bagi Zon Asia. Kekalahan tersebut dilihat terus menyukarkan laluan mereka untuk menjejak kaki ke temasya sukan terbesar itu di bumi London tahun depan. Begitupun, jurulatih Ong Kim Swee belum mahu menyerah malah terus memberi [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.