Thursday, 17/08/2017


Malaysia vs Korea Selatan LIVE di Astro Arena

Published on July 25, 2010 by   ·   No Comments

PEMINAT bola sepak Malaysia boleh menyaksikan perlawanan persahabatan pasukan bawah 23 kebangsaan menentang pasukan bawah 23 Korea Selatan melalui Astro Arena yang akan menyiarkan secara langsung jam 4.30 petang ini. [LIHAT LAPORAN | LIHAT VIDEO]

Perlawanan sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia dan Korea Selatan ini berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula jam 5 atau 5.15 petang ini.

Format perlawanan ini sekiranya kedua-dua pasukan masih seri selepas 90 minit masa permainan sebenar, pemenang perlawanan akan terus ditentukan menerusi sepakan penalti tanpa perlu melalui 30 minit masa tambahan.

Harga tiket yang dikenakan ialah RM30 di grandstand dan RM10 di tempat duduk biasa manakala cuma RM5 bagi penonton kanak-kanak.

Kesebelasan kemungkinan Malaysia: Sharbinee Allawee Ramli, Mohd. Sabre Mat Abu, Nasriq Baharom, Aidil Zafuan Radzak, Zaquan Adha Radzak, Norshahrul Idlan Talaha, Safiq Rahim, S. Kunanlan, Gary Steven Robbat, Mahalli Jasuli, Muslim Ahmad.




coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Latest News