Malaysia vs Iran LIVE di TV1, Astro Arena

November 15th 2010 | Posted by admin


Johor FC vs Negeri Sembilan LIVE di TV1PEMINAT bola sepak tempatan boleh menyaksikan aksi pasukan bola sepak bawah 23 tahun kebangsaan menentang Iran yang akan disiar secara langsung di TV1 dan Astro Arena jam 4 petang ini.

Aksi menentang Iran hari ini adalah sejarah bagi pasukan bola sepak Malaysia selepas gagal melepasi peringkat kumpulan acara bola sepak Sukan Asia dalam tempoh 32 tahun.

Walaupun menduduki tempat ketiga di belakang Jepun dan Korea Selatan dalam Kumpulan A, Malaysia layak ke Pusingan Kedua kerana tiga mata yang diperoleh hasil kemenangan 2-1 ke atas Kyrgyzstan pada perlawanan pertama membolehkan Malaysia berada di kedudukan terbaik berbanding negara di tempat ketiga dalam kumpulan lain.

Kali terakhir skuad negara layak beraksi di Pusingan Kedua acara bola sepak Sukan Asia ialah pada tahun 1978 di Bangkok.

Pada temasya sama di Doha, Qatar empat tahun lalu, skuad kebangsaan di bawah bimbingan Norizan Bakar sekadar bermain di peringkat kumpulan. [VIDEO Perlawanan Akan Diupdate Di Sini], Insya-Allah.

Related Posts

Video Malaysia vs Bahrain [2-3]

Video Malaysia vs Bahrain Kelayakan Sukan Olimpik 2012 Stadium Nasional Bukit Jalil 27 November 2011 Video: Malaysia 2-3 Bahrain | Gol Nazmi Faiz Mansor Video: Malaysia 2-3 Bahrain | Gol Mahali Jasuli Video: Malaysia 2-3 Bahrain | Gol-Gol Bahrain Keputusan Penuh: Malaysia tewas 2-3 kepada [...]

Video Gol Nazmi Faiz Mansor [Malaysia vs Bahrain]

Video Gol Nazmi Faiz Mansor Malaysia vs Bahrain [Kelayakan Olimpik 2012] 27 November 2011 Stadium Nasional Bukit Jalil Video Gol Nazmi Malaysia tewas 2-3 kepada Bahrain, namun gol Nazmi Faiz sedikit sebanyak mengubati kekecewaan penyokong [...]

Malaysia tuan rumah Piala AFF Suzuki 2012

Peluang terbaik Malaysia pertahan kejuaraan Piala AFF MALAYSIA dan Thailand dipilih sebagai negara tuan rumah bersama bagi menganjurkan kejohanan Piala AFF Suzuki 2012. Perkara itu diputuskan ketika perjumpaan mesyuarat ahli AFF sesi 2007/2011 ke-18 di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Kali terakhir Malaysia menjadi hos kejohanan ini [...]

Tangguh SPM: Pengorbanan Nazmi Faiz berbaloi

Nazmi tangguh peperiksaan, duduki SPM tahun depan PEMAIN paling muda dalam skuad Olimpik negara Muhd Nazmi Faiz Mansor akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan setelah tidak berbuat demikian tahun ini. Demi bagi membantu skuad Harimau Muda beraksi di Temasya Sukan SEA Indonesia 2011 yang baru berakhir, [...]

Kelayakan Olimpik: Malaysia belum menyerah

KELMARIN, skuad Harimau Muda dikecewakan 0-2 oleh Syria dalam saingan kelayakan Olimpik 2012 peringkat Kumpulan C bagi Zon Asia. Kekalahan tersebut dilihat terus menyukarkan laluan mereka untuk menjejak kaki ke temasya sukan terbesar itu di bumi London tahun depan. Begitupun, jurulatih Ong Kim Swee belum mahu menyerah malah terus memberi [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.