Tuesday, 27/06/2017


Malaysia tuan rumah Piala AFF Suzuki 2012

Published on November 25, 2011 by   ·   No Comments

Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010

Peluang terbaik Malaysia pertahan kejuaraan Piala AFF

MALAYSIA dan Thailand dipilih sebagai negara tuan rumah bersama bagi menganjurkan kejohanan Piala AFF Suzuki 2012.

Perkara itu diputuskan ketika perjumpaan mesyuarat ahli AFF sesi 2007/2011 ke-18 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kali terakhir Malaysia menjadi hos kejohanan ini adalah pada 2004, ketika itu masih dikenali sebagai Piala Tiger manakala Thailand pada 2006.

Ini peluang terbaik buat skuad Harimau Malaya pim­pinan Datuk K Rajagobal beraksi di hadapan penyokong sendiri, di samping berusaha mempertahankan koleksi kejuaraan dimenangi tahun lalu.

Bagi rekod, Thailand merupakan juara edisi pertama kejohanan di Singapura pada 1996 dengan skuad negara muncul naib johan pada kempen yang sama.

Malaysia muncul juara Piala AFF buat kali pertama selepas menundukkan Indonesia 4-2 secara agregat. Malaysia menang perlawanan pertama 3-0 di Kuala Lumpur sebelum Indonesia menang 2-1 bagi perlawanan timbal balik kedua di Jakarta.

Video: Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010




coded by nessus

Tags: ,

Readers Comments (0)




Latest News