Jepun nyata lawan hebat buat Malaysia

November 10th 2010 | Posted by admin


Malaysia hanya perlu seri dengan China untuk ke pusingan kedua

SEPERTI diduga Malaysia gagal menyekat kemaraan pasukan Jepun yang terus mendahului pasukan lain dalam saingan kumpulan A acara bola sepak Sukan Asia ke-16 di Guangzhou, China apabila kecundang 2-0 di Stadium Huadu petang tadi.

Meskipun Malaysia mampu mengawal pemainan dengan baik pada babak awal perlawanan, namun kesilapan barisan pertahanan negara ketika menerima serangan Jepun telah membuka ruang kepada Kensuke Nagai untuk melakukan jaringan pertama pada minit ke-26. [LIHAT VIDEO]

Di minit terakhir separuh masa pertama, Malaysia yang kelihatan tertekan dengan kedudukan 0-1 melakukan beberapa percubaan ke arah pintu gol lawan namun gagal untuk membolosinya.

Selepas rehat, kedua-dua pasukan bermain dengan corak permainan yang lebih agresif namun Jepun lebih bertuah dengan kehadiran gol kedua hasil tandukan Hotaru Yamaguchi di depan gawang pada minit ke-64.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad, berkata beliau berpuas hati dengan persembahan skuad kebangsaan negara biarpun tewas 0-2 kepada pasukan Jepun.

“Kita tidak boleh meletakan harapan tinggi kepada skuad bola sepak negara kerana Jepun adalah pasukan yang kuat berbanding dengan skuad negara, lagi pun beberapa orang tunggak utama negara tidak dapat bermain dengan baik akibat daripada kecederaan,” katanya.

Jepun menduduki tangga ke-30 dalam ranking dunia manakala Malaysia hanya berada di kedudukan ke-149.

Bagaimanapun, Azzuddin berkata Malaysia masih mempunyai peluang untuk melangkah ke pusingan berikutnya (pusingan kedua) sekiranya mampu menewaskan China pada perlawanan terakhir kumpulan A yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini.

Related Posts

Video Malaysia vs Bahrain [2-3]

Video Malaysia vs Bahrain Kelayakan Sukan Olimpik 2012 Stadium Nasional Bukit Jalil 27 November 2011 Video: Malaysia 2-3 Bahrain | Gol Nazmi Faiz Mansor Video: Malaysia 2-3 Bahrain | Gol Mahali Jasuli Video: Malaysia 2-3 Bahrain | Gol-Gol Bahrain Keputusan Penuh: Malaysia tewas 2-3 kepada [...]

Video Gol Nazmi Faiz Mansor [Malaysia vs Bahrain]

Video Gol Nazmi Faiz Mansor Malaysia vs Bahrain [Kelayakan Olimpik 2012] 27 November 2011 Stadium Nasional Bukit Jalil Video Gol Nazmi Malaysia tewas 2-3 kepada Bahrain, namun gol Nazmi Faiz sedikit sebanyak mengubati kekecewaan penyokong [...]

Malaysia tuan rumah Piala AFF Suzuki 2012

Peluang terbaik Malaysia pertahan kejuaraan Piala AFF MALAYSIA dan Thailand dipilih sebagai negara tuan rumah bersama bagi menganjurkan kejohanan Piala AFF Suzuki 2012. Perkara itu diputuskan ketika perjumpaan mesyuarat ahli AFF sesi 2007/2011 ke-18 di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Kali terakhir Malaysia menjadi hos kejohanan ini [...]

Tangguh SPM: Pengorbanan Nazmi Faiz berbaloi

Nazmi tangguh peperiksaan, duduki SPM tahun depan PEMAIN paling muda dalam skuad Olimpik negara Muhd Nazmi Faiz Mansor akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan setelah tidak berbuat demikian tahun ini. Demi bagi membantu skuad Harimau Muda beraksi di Temasya Sukan SEA Indonesia 2011 yang baru berakhir, [...]

Kelayakan Olimpik: Malaysia belum menyerah

KELMARIN, skuad Harimau Muda dikecewakan 0-2 oleh Syria dalam saingan kelayakan Olimpik 2012 peringkat Kumpulan C bagi Zon Asia. Kekalahan tersebut dilihat terus menyukarkan laluan mereka untuk menjejak kaki ke temasya sukan terbesar itu di bumi London tahun depan. Begitupun, jurulatih Ong Kim Swee belum mahu menyerah malah terus memberi [...]

One Response to “Jepun nyata lawan hebat buat Malaysia”

commenter

seri ngn china n then we go 2nd round.. malaysia boleh !

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.