Saturday, 25/11/2017


Kelantan aib di kubu sendiri, Kenari pulang megah

Published on January 20, 2010 by   ·   No Comments

HANYA kerana satu kesilapan, Kelantan bukan saja gagal meraih sebarang mata, malah rekod tanpa kalah serta kekebalan di gelanggang sendiri turut lebur kepada Kedah dalam aksi Liga Super malam tadi.

Beraksi di gelanggang keramat Red Warriors, Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kelantan sebaliknya jelas tertekan apabila pasukan pelawat mendominasi di awal perlawanan.

Selepas 15 minit perlawanan berlangsung, barulah barisan pemain tuan rumah dapat mengimbangi perlawanan.

Pada minit ke-20, Kelantan dihidangkan peluang terbaik untuk memecah kebuntuan gol, namun gagal dimanfaatkan Hairuddin Omar dan Aziz Mat Rose.

Tiga minit kemudian Akmal Rizal membuat percubaan lemah yang terus ke dakapan penjaga gawang Kedah, Md Helmi Eliza Elias.

‘Petaka’ buat tuan rumah menjelma pada minit ke-41. Bermula dengan hantaran mudah daripada Md Daudsu Jamaludin, benteng terakhir Kelantan, Syed Adney Syed Husain cuba mengambil risiko dengan melengah-lengahkan tindakan sehingga akhirnya bola tendangan beliau terkena kaki penyerang Kedah, Azlan dan terus menerjah ke gawang terbuka.




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News