Terengganu tewas, Selangor kembali lebar jurang

January 26th 2010 | Posted by admin


EMPAT hari selepas rekod tanpa kalah dilebur Terengganu, Selangor kembali mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Super selepas membelasah Johor 6-0 di Stadium Shah Alam, malam ini.

Mohd Amirulhadi Zainal dan Mohd Safee Sali masing-masing menjaringkan dua gol buat Selangor. Mohd Razman Roslan dan
Safiq Rahim turut mencatat nama selaku penjaring gol tuan rumah pada malam ini.

Senyuman skuad Merah Kuning tambah melebar apabila pencabar terdekat mereka, Terengganu mengalami kekalahan sulung musim ini selepas tumpas 1-2 kepada Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Selangor kini berjaya melebarkan jurang di tangga teratas kepada empat selepas mengumpul 15 mata berbanding Terengganu yang turut kekal di tangga kedua dengan 11 mata.

Kedah pula merampas kedudukan tangga ketiga daripada Perlis selepas mencipta kemenangan 3-0 ke atas Pulau Pinang di tempat lawan, manakala pasukan Singa Utara tewas kepada T-Team 0-1 di Kuala Terengganu.

Kekalahan berkenaan menyaksikan Perlis jatuh ke tangga keempat.

Begitu juga pasukan Kelantan, turun satu tangga ke kedudukan kelima selepas mencatat keputusan seri tanpa jaringan buat kali ketiga, kali ini skuad Kijang diikat pasukan Perak di Ipoh.

Jaringan tunggal Mohd Harris Safwan pada minit ke-46 untuk membolehkan T-Team menewaskan Perlis 1-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Di Stadium Negeri, Batu Kawan, Pulau Pinang gagal mengekang asakan Kedah apabila tewas 0-3 menerusi gol-gol pada separuh masa kedua hasil jaringan Azmi Muslim (minit ke-56), Azlan Ismail (minit ke-71) dan Saramsak Kram (minit ke-85).

Perak dan Kelantan pula mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan pada aksi di Stadium Perak di Ipoh.

Kuala Lumpur pula seri 1-1 dengan Pahang di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras apabila Mohd Badruk Hisyam Azmi menyamakan kedudukan pada minit ke-84 setelah Pahang membuka jaringan melalui Mohd Azamuddin Akil seawal minit kesembilan.

CARTA LIGA SUPER TERKINI

Related Posts

Kelantan Juara Liga Super 2011

NORSHAHRUL Idlan Talaha muncul wira Red Warriors selepas membantu Kelantan muncul Juara Liga Super 2011 buat kali pertama, sebentar tadi. Skuad bimbingan Datuk M. Karathu itu dinobat sebagai juara musim ini selepas menundukkan Sabah dengan keputusan 2-1 di Stadium Likas. [LIHAT VIDEO] Lebih manis kejuaraan semalam juga membolehkan [...]

Perlawanan Liga Super 2011 kekal pada Sabtu, Selasa

Majoriti pasukan pilih perlawanan waktu malam PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan mengekalkan hari perlawanan Liga Super musim depan pada setiap Selasa dan Sabtu manakala bagi saingan Liga Perdana turut kekal pada setiap Isnin dan Jumaat. Waktu perlawanan turut kekal pada sebelah malam sebagaimana kebiasaan apabila majoriti [...]

Liga M, Piala Sumbangsih pada 15 Januari 2011

MUSIM baru Liga Malaysia 2011 akan bermula pada 15 Januari termasuk aksi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih pada tarikh sama antara Juara Piala Malaysia 2010, Kelantan dan Juara Liga Super musim ini, Selangor di Stadium Shah Alam. Seperti musim ini, 14 pasukan akan berentap untuk merebut kejuaraan Liga Super manakala 12 [...]

Kelate.net, theredwarriors.com top laman web bola sepak di Malaysia

PENYOKONG bola sepak negeri Kelantan sekali lagi membuktikan mereka bukan sahaja mewarnai kemeriahan bola sepak tempatan dengan memenuhi gelanggang keramat mereka, Stadium Sultan Mohd Ke-IV tetapi turut menjadi nadi pengunjung paling ramai di internet. Buktinya, dua laman web pasukan dan penyokong The Red Warriors iaitu www.theredwarriors.com [...]

16 pasukan bersaing Liga Super 2011?

SAINGAN Liga Malaysia (Liga M) 2011 yang akan bermula 1 Januari tahun depan menyaksikan untuk musim ketiga berturut-turut tanpa kelibat pemain import, bakal menyaksikan dua opsyen sama ada 14 atau 16 pasukan bertanding bagi Liga Super. Bagi opsyen menjadikannya 16 pasukan, maka ia merangkumi 12 pasukan teratas Liga Super musim ini, dua pasukan [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.