Thursday, 21/06/2018


Terengganu sekadar seri 1-1 dengan T-Team

Published on January 20, 2010 by   ·   1 Comment

TERENGGANU gagal memungut mata penuh ketika beraksi menentang pasukan berpangkat ‘adik’, T-Team apabila diikat 1-1 dalam aksi di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Turun selaku tuan rumah, T-Team hampir berada di depan pada minit ke-16 menerusi percubaan Mohd Haris Safwan namun digagalkan penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Alawi.

Empat minit selepas itu Terengganu berpeluang memecah kebuntuan gol ketika berlaku kekalutan dalam kotak penalti T-Team namun gagal dimanfaatkan barisan penyerang skuad Penyu.

Di babak kedua, Terengganu akhirnya berjaya menembusi pintu gol tuan rumah menerusi Abdul Manaf Mamat selepas menerima hantaran daripada Mohd Ashaari Shamsuddin pada minit ke-71.

Namun, lima minit kemudian asakan pemain T-Team membuahkan hasil apabila Mohd Haris Safwan menjaringkan gol penyamaan T-Team untuk menjadikan keputusan terikat 1-1 sehingga ke tiupan wisel penamat.




coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (1)

  1. ALONE46 says:

    Nelang Sungguh Terengganu KITE !




Latest News