Monday, 21/08/2017


Terengganu, Kelantan sama kuat

Published on January 10, 2010 by   ·   No Comments

TERENGGANU gagal menggunakan peluang beraksi di gelanggang sendiri apabila sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Kelantan pada perlawanan sulung Liga Super, di Kuala Terengganu malam tadi.

Sokongan padu 10,000 penyokong setia skuad Penyu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah turut gagal memberi kesan kepada corak permainan skuad penyu yang kini dibimbing Irfan Bakti.

Beraksi di tempat lawan tidak menjadi masalah buat Kelantan apabila bermain secara menyerang dan menguasai hampir keseluruhan perlawanan berkenaan. Sebaliknya Terengganu yang beraksi di laman sendiri gagal menggunakan kelebihan tersebut.

Pemain pertahanan Kelantan, Mohd Daudsu Jamaluddin hampir meletakkan pasukan pelawat di hadapan pada minit ke-23, namun percubaannya dari jarak dekat sekadar melewati palang gol.

Peluang terbaik Terengganu hanya hadir menerusi sepakan percuma yang diambil Zairo Anuar Zailani pada minit ke-17, namun berjaya ditampan penjaga gol Kelantan, Syed Adney Syed Hussein.

Kelantan meneruskan penguasaan di babak kedua perlawanan, namun terus hampa apabila peluang dicipta gagal menembusi gawang pasukan tuan rumah.




coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Latest News