Thursday, 26/04/2018


Terengganu belasah Pulau Pinang 4-0

Published on January 17, 2010 by   ·   No Comments

TERENGGANU melonjak ke tangga kedua liga dengan merampasnya daripada Kelantan hasil kemenangan besar 4-0 ke atas Pulau Pinang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi

Pesta jaringan menerusi Firdaus Fauzi pada minit ke-57, Ashaari Shamsuddin (61), Joseph Kallang Tie (81) dan Manaf Mamat (92), membolehkan anak buah Irfan Bakti Abu Salim itu mengumpul tujuh mata selepas mengharungi tiga perlawanan liga.

Sebelum ini Terengganu seri tanpa jaringan dengan Kelantan pada aksi pembukaan Liga Malaysia sebelum menewaskan Perak 3-1 di gelanggang lawan, Rabu lepas.

Skuad Penyu akan beraksi menentang pasukan kelab senegeri, T-Team pada aksi Liga Super Selasa ini.




coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Latest News