Thursday, 26/04/2018


Terengganu menang bergaya, rampas tangga kedua

Published on April 21, 2010 by   ·   No Comments

TERENGGANU bangkit daripada kekalahan kepada Johor FC Sabtu lalu dengan membelasah pasukan ‘abang’, Johor 6-3 dalam aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin malam tadi.

Kejayaan Terengganu sedikit terubat apabila Johor FC sebaliknya tewas 0-1 kepada satu lagi pasukan negeri itu, T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Ini bermakna skuad Penyu kembali merampas kedudukan kedua liga dengan perbezaan satu mata daripada pasukan kelab dari selatan tanah air itu.

Johor FC yang sebelum ini menduduki tangga kedua Liga Super gagal merapatkan jurang mata dengan pendahulu liga, Selangor apabila tewas mengejut kepada T-Team.

Jaringan tunggal Abdul Hadi Yahya pada minit ke-42 itu menyebabkan Johor FC tidak berganjak dengan 22 mata secara keseluruhan manakala Selangor kekal selaku pendahulu dengan 26 mata.

Kekalahan itu juga menyebabkan Johor FC jatuh ke tangga keempat liga setelah Terengganu dan Kelantan menewaskan lawan masing-masing.




coded by nessus

Tags: , ,

Readers Comments (0)




Latest News