Saturday, 08/08/2020


Gergasi Merah rebah di kaki Penyu

Published on January 23, 2010 by   ·   1 Comment

TERENGGANU mencipta kemenangan bergaya apabila menundukkan juara bertahan dan pendahulu Liga Super, Selangor 4-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini.

Ia adalah kekalahan pertama buat skuad bimbingan K Devan itu selepas memulakan musim 2010 dengan aksi sempurna dalam empat perlawanan terdahulu, menang semua perlawanan.

Perlawanan antara dua pasukan teratas Liga Super itu mencuri tumpuan ketika dua aksi melibatkan pasukan Johor-T-Team dan Pahang-Negeri Sembilan malam ini terpaksa ditunda kerana dua negeri berkenaan dalam tempoh berkabung berikutan kemangkatan Sultan Johor, semalam.

Beraksi di gelanggang sendiri Terengganu mendahului Red Giants 2-0 pada babak pertama menerusi jaringan Manaf Mamat dan Ashaari Shamsudin sebelum menambah dua lagi gol di babak kedua.

Sekali pun tewas, Selangor kekal di tangga teratas liga dengan 12 mata, namun Terengganu mengecilkan kelebihan dimiliki pasukan Merah Kuning itu kepada hanya satu mata dan kembali membuka persaingan buat pasukan lain.

Di KOTA BHARU, Kelantan turut mencipta kemenangan besar apabila membelasah Johor FC 4-1 sementara di KANGAR, Perlis menang 2-0 ke atas Pulau Pinang.

Manakala di ALOR SETAR, Kedah memungut mata pertama di gelanggang sendiri selepas mengikat Perak 1-1 selepas ketinggalan 0-1 pada babak pertama.




coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (1)

  1. […] Gergasi Merah rebah di kaki Penyu TERENGGANU mencipta kemenangan bergaya apabila menundukkan juara bertahan dan pendahulu Liga Super, Selangor 4-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini. Ia adalah kekalahan pertama buat skuad bimbingan K Devan itu selepas memulakan musim 2010 dengan aksi sempurna dalam empat perlawanan terdahulu, menang semua […] Read More […]




Latest News