Wednesday, 14/11/2018


Impian Terengganu berakhir

Published on July 18, 2010 by   ·   No Comments

TERENGGANU mencatat kemenangan ketiga berturut-turut dalam saingan Liga Super selepas menundukkan pasukan kedua tercorot, Johor 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Dua gol jaringan Joseph Kallang Tie pada minit ke-70 dan Mohd Zubir Moid Azmi (minit ke-75) memastikan Terengganu memungut 47 mata daripada 23 perlawanan, namun hasrat pasukan bimbingan Irfan Bakti untuk merangkul gelaran Liga super ekoran kemenangan 3-0 Selangor ke atas Pulau Pinang di Stadium Shah Alam.

Bagaimanapun kemenangan itu menjamin pasukan Terengganu untuk sekurang-kurangnya mengakhiri saingan musim ini di tangga ketiga Liga Super dan tidak mampu lagi dikejar oleh Johor FC yang berada di tangga keempat dengan 37 mata.

Apa yang pasti, Terengganu mampu memberikan saingan kepada Kelantan untuk merebut posisi kedua terbaik liga musim ini, walaupun kelihatan agak sukar.

Apatah lagi Terengganu perlu berdepan Selangor dalam salah satu baki tiga perlawanan terakhir mereka.

Selain itu skuad Penyu juga perlu berharap pasukan tetangga mereka, Kelantan akan mencicir mata dalam baki saingan.




coded by nessus

Tags: , ,

Readers Comments (0)




Latest News