Friday, 13/12/2019


Terengganu 1-1 Kedah

Published on May 8, 2010 by   ·   No Comments

TERENGGANU gagal memanfaat kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila diikat 1-1 oleh skuad Kenari dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam ini.

Keputusan itu memusnahkan harapan tuan rumah untuk memintas Kelantan yang dikejutkan dengan keputusan seri 3-3 dengan Pahang di Stadium Darul Makmur.

Terengganu membuka jaringan awal melalui Abdul Manaf Mamat pada minit ketiga namun pelawat menyamakan kedudukan menerusi Mohd Khyril Muhayameen Zambri pada minit ke-50 untuk kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Keputusan seri bermakna skuad Penyu itu kekal di tangga ketiga liga dengan 27 mata, dua mata di belakang Kelantan.




coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Latest News