Wednesday, 05/08/2020


T-Team yakin mampu menang baki saingan

Published on July 17, 2010 by   ·   No Comments

T-TEAM berazam mahu meraih kemenangan pada baki empat lagi perlawanan bagi saingan Liga Super musim ini untuk merealisasi harapan menduduki tangga ketiga keseluruhan.

T-Team yakin mampu meraih mata penuh dalam baki empat perlawananan membabitkan pertemuan menentang Johor FC, Kelantan, Johor dan terakhir Selangor.

Jurulatih pasukan kelab dari Terengganu itu, Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Noor berkata, barisan pemain bimbingannya bersedia menghadapi empat perlawanan berbaki itu dengan berusaha gigih untuk mencapai kemenangan.

Mengulas perlawanan menentang Johor FC malam ini, Che Ku Marzuki menaruh keyakinan mampu menyapu tiga mata penuh memandangkan semua pemain utama boleh beraksi.

“Dengan menurunkan kesebelasan utama, saya percaya pemain mampu menghadapi perlawanan dengan yakin,” katanya.




coded by nessus

Tags: , ,

Readers Comments (0)




Latest News