Tuesday, 27/10/2020


T-Team tewaskan Negeri Sembilan 2-1

Published on May 5, 2010 by   ·   No Comments

KEJAYAAN membelasah Pulau Pinang 4-0 gagal diteruskan juara Piala FA, Negeri Sembilan apabila tumpas kepada T-Team 1-2 di Kuala Terengganu malam tadi.

Beraksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Negeri Sembilan terpaksa akur dengan kehebatan T-Team walaupun membuka jaringan awal melalui pemain kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak pada minit ke-17.

Jaringan itu nyata membakar semangat tuan rumah apabila bangkit dengan dua gol melalui Abdul Hadi Yahya pada minit ke-27 dan Mohd Harris Safwan Kamal pada minit ke-45.

Sekali pun tewas, skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan masih kekal di tangga kelima berkongsi pungutan mata dengan Perlis, namun mempunyai kelebihan jumlah jaringan gol.

Kedua-dua pasukan akan membuat perhitungan sekali Sabtu ini, kali ini giliran pasukan Negeri Sembilan menjadi tuan rumah.




coded by nessus

Tags: , ,

Readers Comments (0)




Latest News