SELANGOR kini hanya tinggal selangkah untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super apabila berjaya mengekalkan kelebihan lima mata selepas menewaskan T-Team 2-1 di tempat lawan malam ini.
Selepas 24 perlawanan, Selangor mengumpul 60 mata meninggalkan Kelantan dengan 55 mata selepas skuad Kijang mencatat kemenangan 4-1 ke atas KL Plus di Kota Bharu.
Namun dengan baki saingan Liga Super 2010 hanya tinggal dua perlawanan, Kelantan dilihat semakin sukar untuk memintas Selangor.
Keputusan penuh Liga Super 27-28 Julai 2010
-
Perlis 2-4 Terengganu
T-Team 1-2 Selangor
Kelantan 4-1 KL Plus
Kedah 3-0 Pahang
Perak 0-1 Kuala Lumpur
Pulau Pinang 0-3 N.Sembilan
Johor 0-5 Johor FC












Leave a Reply: