Wednesday, 28/06/2017


Surendren, Ashaari hangatkan perseteruan Selangor-Terengganu

Published on January 25, 2010 by   ·   No Comments

DUA pasukan teratas Liga Super, Selangor dan Terengganu bukan sahaja bertarung merebut posisi terbaik di kedudukan carta liga malah senarai penjaring terbanyak turut dikuasai penyerang dari dua pasukan berkenaan.

R Surendren (Selangor) dan Mohd Ashaari Shamsuddin (Terengganu) masing-masing sudah menjaringkan lima gol untuk mengetuai peledak terbaik Liga Super.

Surendren menjaringkan satu gol dalam aksi menentang Negeri Sembilan dan masing-masing dua gol ketika bertemu Pahang dan Kuala Lumpur.

Manakala Ashaari lebih menonjol apabila dua gol jaringannya membantu skuad Penyu melebur rekod tanpa kalah Selangor di Kuala Terengganu, kelmarin.

Selain jaringan ke atas Selangor, Ashaari turut menjaringkan dua gol ketika Terengganu menundukkan Perak 3-1 di Ipoh dan satu lagi gol dihasilkan dalam perlawanan menentang Pulau Pinang.

Malam esok, kedua-dua penyerang berkenaan pastinya menjadi tumpuan sekali lagi apabila Terengganu bertandang ke Paroi untuk membuat perhitungan dengan juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan manakala Selangor menanti kunjungan pasukan tercorot Liga Super, Johor.




coded by nessus

Tags: , , , , , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News