Monday, 19/02/2018


Sultan Mangkat: Perlawanan Liga Super Johor lawan T-Team ditunda

Published on January 23, 2010 by   ·   No Comments

PERLAWANAN Liga Super antara pasukan Johor menentang T-Team di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam ini ditunda kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, penangguhan itu ekoran kemangkatan Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail semalam.

Begitu pun perlawanan membabitkan pasukan kelab negeri itu, Johor FC dengan Kelantan di Kota Bharu tidak terbabit dengan penangguhan berkenaan dan diteruskan mengikut jadual asal.




coded by nessus

Tags: , , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News