Tuesday, 25/02/2020


Shahidan Kassim: Perlis sedia tarik diri dari Liga M

Published on January 15, 2010 by   ·   No Comments

SKUAD Singa Utara sedia menarik diri daripada kancah Liga Malaysia bagi membolehkan empat pemainnya dalam skuad bawah 23 tahun kebangsaan menjalani latihan di luar negara, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim.

“Kami bukan sahaja rela untuk melepaskan empat pemain Perlis yang menganggotai skuad bimbingan jurulatih K Rajagobal, malah pemain-pemain lain jika dipanggil demi negara.

“Sekiranya tidak mempunyai pemain (terbaik) yang mencukupi, kami bersedia menarik diri untuk sementara waktu daripada saingan Liga Malaysia,” katanya.

Empat pemain Perlis itu adalah Mohd Farizal Marlias (penjaga gol), Amar Rohidan (tengah), Ahmad Fakri Saarani (penyerang) dan Mazlizam Mohamad (pertahanan).

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Persatuan Bola Sepak Malaysia mengenalpasti skuad bawah 23 tahun negara yang memenangi pingat emas Sukan Sea Laos selepas kemarau 20 tahun, untuk berlatih di luar negara.

Shahidan jelas tidak setuju dengan cadangan menghantar skuad itu untuk berlatih di luar negara buat tempoh yang panjang, sebaliknya menjelaskan latihan dua bulan sudah memadai.

“Contoh terbaik adalah Indonesia yang menghantar pasukannya berlatih lama di luar negara, dengan belanja tapi masih gagal untuk mara ke separuh akhir di Laos,” katanya.




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News