Thursday, 23/10/2014


Selangor vs Kelantan LIVE di Astro Arena

Published on July 9, 2010 by   ·   1 Comment

SELEPAS mempamer aksi kurang memberangsangkan ketika tewas kepada Perak dalam aksi Liga Super Selasa lepas, Selangor tidak boleh lagi mengulangi kesilapan sama apabila turun menentang pesaing utamanya, Kelantan malam esok (malam ini).

Perlawanan berkenaan menjadi tumpuan utama apabila saingan Liga Super kini semakin menghampiri kemuncaknya di mana perebutan gelaran liga secara teorinya melibatkan dua pasukan berkenaan walaupun dari segi matematiknya pasukan tangga ketiga, Terengganu masih memiliki peluang untuk mencabar Kelantan dan Selangor.

Di luar dari kebiasaan, perlawanan Selangor dan Kelantan akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena di saluran 801, tidak sebagaimana lazimnya di mana perlawanan pada hari Sabtu hanya disiarkan oleh RTM di TV1.

*****




coded by nessus

Tags: , , , , ,

Readers Comments (1)

  1. [...] hanya lima mata, pertemuan kedua-dua pasukan malam ini boleh diibaratkan sebagai perlawanan penting yang akan menentukan siapakah yang layak untuk membawa [...]




Latest News