Sunday, 09/08/2020


Selangor kekal ungguli Liga Super

Published on January 17, 2010 by   ·   No Comments

SELANGOR kekal menerajui kedudukan teratas Liga Super selepas mencatatkan kemenangan ketiga berturut-turut, kali ini KL Plus menjadi mangsa pasukan Merah Kuning itu apabila menang 1-0 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam tadi.

KL Plus yang turun beraksi selaku tuan rumah ternyata tidak memberi laluan mudah buat Selangor apabila berjaya ‘mengikat’ skuad Gergasi Merah itu sehingga tamat babak pertama.

Sebaik babak kedua bersambung, Selangor dilihat lebih banyak menguasai permainan sehingga berjaya memperoleh gol kemenangan menerusi jaringan tonggak tengah Selangor, Hardi Jaafar pada minit ke-67.

Menerima sepakan sudut, pemain tengah itu melepaskan rembatan kencang kaki kanan dari luar kotak penalti yang turut mengenai seorang pemain lawan sebelum bola menerjah gawang tuan rumah pada minit ke-67.

Selepas mencatat kemenangan dalam semua tiga perlawanan Liga Super setakat ini, Selangor kekal berada di tangga teratas dengan sembilan mata maksimum.

Pasukan Pantai Timur, Terengganu mengekori rapat dengan ketinggalan dua mata di belakang skuad Red Giants itu hasil dua kemenangan dan sekali seri.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi, Terengganu menundukkan Pulau Pinang 4-0.




coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Latest News