Monday, 19/02/2018


Selangor makin gah di puncak liga

Published on January 19, 2010 by   ·   No Comments

PENDAHULU Liga Super, Selangor kian sukar digugat di kedudukan teratas Liga Super apabila mencatat kemenangan keempat berturut-turut, malam ini menewaskan Pahang 4-0 di Stadium Shah Alam.

Pasukan Red Giants itu semakin melebarkan jurang kepada empat mata apabila pesaing terdekatnya, Terengganu sekadar seri 1-1 dengan pasukan kelab senegeri, T-Team di Kuala Terengganu.

Selepas berakhir empat perlawanan Selangor mengumpul 12 mata maksimum, merekodkan jaringan terbanyak dengan 11 gol dan hanya bolos sebanyak dua kali.

Selangor akan berdepan ujian sebenar Sabtu ini apabila dua pasukan teratas Liga Super itu akan berentap sesama sendiri di Kuala Terengganu.

JADUAL & KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News