Wednesday, 28/06/2017


Selangor kukuh kedudukan, Perak terus dirundung malang

Published on January 12, 2010 by   ·   No Comments

NASIB berbeza dialami juara bertahan, Selangor dan bekas juara Piala Malaysia, Perak selepas dua aksi Liga Super minggu ini.

Ketika Selangor semakin selesa di persada liga selepas membaham Kuala Lumpur 4-1 malam ini, – kemenangan kedua berturut-turut buat The Red Giants – skuad Seladang terus menerima nasib malang apabila tewas buat kali kedua berturut-turut.

Jika perlawanan pertama Perak tewas di tempat lawan kepada Pahang, kali ini nasib pasukan Yob itu lebih parah apabila kalah di tempat sendiri, kali ini tumpas 1-3 di tangan pasukan dari Pantai Timur, Terengganu.

Terengganu yang seri tanpa jaringan dengan Kelantan pada perlawanan pertama, membuka jaringan pada minit ke-16 sebelum menambah gol kedua, lima minit selepas rehat.

Walau pun Perak berjaya merapatkan jurang gol pada minit ke-58, namun segala-galanya berakhir buat tuan rumah apabila Terengganu menjaringkan gol ketiga pada minit ke-77, sekali gus tiga mata penuh buat skuad Penyu itu.

Di Shah Alam, Selangor mengulangi skrip sama ketika menumpaskan Negeri Sembilan, Sabtu lepas apabila terlebih dahulu membiarkan lawan menjaringkan gol awal sebelum bangkit dengan menjaringkan empat gol selepas itu untuk menundukkan Kuala Lumpur 4-1.

Kemenangan malam ini membolehkan Selangor memimpin kedudukan Liga Super dengan enam mata maksimum daripada dua perlawanan. Terengganu di tangga kedua bersama KL Plus dengan empat mata.

Perak pula di tangga ke-13 liga tanpa sebarang mata.




coded by nessus

Tags: , , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News