Tuesday, 27/06/2017


Selangor juara Piala Sumbangsih 2010

Published on January 9, 2010 by   ·   No Comments

JUARA Liga Super 2009, Selangor berjaya mempertahankan gelaran Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Piala Sumbangsih) iaitu perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia musim 2010 selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.

Kemenangan itu juga membolehkan Selangor memungut tiga mata penuh bagi kempen Liga Super yang diadakan serentak dengan enam lagi perlawanan lain.

Dalam perlawanan yang turut disaksikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir itu, Selangor terlebih dahulu ketinggalan menerusi tandukan Idris Karim pada minit ke-27.

Selangor terpaksa menunggu sehingga minit ke-76 sebelum mampu menyamakan kedudukan hasil jaringan Safee Sali sebelum D Surendran menjaringkan gol kemenangan buat Selangor pada minit ke-83.

Jadual & Keputusan Penuh Liga Super 2010
Carta Terkini Liga Super & Liga Perdana 2010




coded by nessus

Tags: , , , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News