Saturday, 08/08/2020


Selangor enggan terus tercicir mata

Published on July 17, 2010 by   ·   No Comments

SELANGOR enggan berputih mata apabila turun menentang Pulau Pinang dalam aksi saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam ini.

Selepas tewas kepada Perak di Stadium Ipoh, 6 Julai lalu, skuad bimbingan K Devan terus dihantui malang apabila sekadar mencatatkan keputusan seri ketika berdepan Kelantan di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

Penolong jurulatih Selangor, P Maniam berkata, aksi menentang Pulau Pinang malam ini sangat penting buat Selangor dalam usaha mereka mengekalkan kejuaraan Liga Super.

Katanya, pemain-pemain tidak mempunyai pilihan selain mencatatkan kemenangan ke atas Pulau Pinang agar dapat menjarakkan jurang mata terhadap pencabar terdekat mereka, Kelantan.

Skuad Gergasi Merah kini masih merupakan pendahulu liga dengan mengumpul 54 mata, lima mata meninggalkan Kelantan ditangga kedua manakala Terengganu ditempat ketiga selepas mengutip 44 mata.

“Dengan hanya berbaki empat perlawanan lagi, kami perlu memberi tumpuan dalam setiap perlawanan dan yang lebih penting kami mahu mengutip tiga mata penuh.Sekiranya menang ke atas Pulau Pinang laluan kami untuk mengakhiri musim ini dengan trofi kejuaraan akan bertambah cerah, namun kami tidak boleh ambil mudah lawan kami pada baki perlawanan kata Maniam.




coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Latest News