Selangor dihimpit gelora Pantai Timur

April 25th 2010 | Posted by admin


GELORA Pantai Timur menghambat Selangor dengan Terengganu dan Kelantan masing-masing meraih kemenangan untuk terus menekan pendahulu liga itu dalam saingan Liga Super, malam tadi.

Jika Irfan Bakti Abu Salim mengharapkan pasukan adik, T-Team untuk membantu mereka, hasratnya tidak kesampaian apabila Selangor tidak menghadapi masalah untuk meraih kemenangan 3-0 di Stadium Shah Alam, menerusi dua gol Safee Sali pada minit ke-43 dan 51 dan Bunyamin Omar pada minit ke-34.

Bunyamin menanduk masuk tolakan Nasriq Baharom sebelum Safee melayangkan badan untuk menanduk hantaran Safiq Rahim dari kanan manakala Safee menambah gol kedua peribadi dengan satu lagi tandukan hasil hantaran lintang sebelah kiri P Gunalan.

Terengganu bimbingan Irfan juga meraih kemenangan selesa 4-0 ke atas Perlis, hasil jaringan Abdul Manaf Mamat pada minit ke-15 dan m-58 serta Ashaari Shamsuddin (m-32, m-35) untuk terus berada di tangga kedua.

Kelantan yang beraksi di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya umpama berada di Kota Bharu berikutan stadium dipenuhi lautan merah penyokongnya yang membanjiri perlawanan ketika berdepan KL Plus.

Dan anak buah B Sathianathan tidak menghampakan apabila menang 3-0 menerusi dua ledakan penyerang, Norshahrul Idlan Talaha pada babak pertama dan penyudah cantik Hairuddin Omar yang mengawal bola sebelum meledakkan voli pada separuh masa kedua, memastikan mereka tetap satu mata di belakang Terengganu.

l Di Stadium JCorp, Pasir Gudang, Johor FC kembali menemui rentak kemenangan selepas menewaskan Johor 3-0 untuk kekal di tangga keempat.

Selepas mengasak bertubi-tubi ke kawasan pelawat, tuan rumah memecah kebuntuan pada minit ke-36 selepas Mohd Irme Mat yang menerima umpanan Nurul Azwan Roya, menolak mudah ke gawang Johor.

Tuan rumah mencipta jaringan kedua pada minit ke-67 hasil kuisan Azizan Baba selepas Mat Saiful Mohamad merembat dari luar kotak penalti manakala tandukan Mohd Izuan Jarudin pada minit ke-74 memastikan kemenangan mutlak ke atas pasukan ‘abang’.

Related Posts

Kelantan Juara Liga Super 2011

NORSHAHRUL Idlan Talaha muncul wira Red Warriors selepas membantu Kelantan muncul Juara Liga Super 2011 buat kali pertama, sebentar tadi. Skuad bimbingan Datuk M. Karathu itu dinobat sebagai juara musim ini selepas menundukkan Sabah dengan keputusan 2-1 di Stadium Likas. [LIHAT VIDEO] Lebih manis kejuaraan semalam juga membolehkan [...]

Perlawanan Liga Super 2011 kekal pada Sabtu, Selasa

Majoriti pasukan pilih perlawanan waktu malam PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan mengekalkan hari perlawanan Liga Super musim depan pada setiap Selasa dan Sabtu manakala bagi saingan Liga Perdana turut kekal pada setiap Isnin dan Jumaat. Waktu perlawanan turut kekal pada sebelah malam sebagaimana kebiasaan apabila majoriti [...]

Liga M, Piala Sumbangsih pada 15 Januari 2011

MUSIM baru Liga Malaysia 2011 akan bermula pada 15 Januari termasuk aksi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih pada tarikh sama antara Juara Piala Malaysia 2010, Kelantan dan Juara Liga Super musim ini, Selangor di Stadium Shah Alam. Seperti musim ini, 14 pasukan akan berentap untuk merebut kejuaraan Liga Super manakala 12 [...]

Kelate.net, theredwarriors.com top laman web bola sepak di Malaysia

PENYOKONG bola sepak negeri Kelantan sekali lagi membuktikan mereka bukan sahaja mewarnai kemeriahan bola sepak tempatan dengan memenuhi gelanggang keramat mereka, Stadium Sultan Mohd Ke-IV tetapi turut menjadi nadi pengunjung paling ramai di internet. Buktinya, dua laman web pasukan dan penyokong The Red Warriors iaitu www.theredwarriors.com [...]

16 pasukan bersaing Liga Super 2011?

SAINGAN Liga Malaysia (Liga M) 2011 yang akan bermula 1 Januari tahun depan menyaksikan untuk musim ketiga berturut-turut tanpa kelibat pemain import, bakal menyaksikan dua opsyen sama ada 14 atau 16 pasukan bertanding bagi Liga Super. Bagi opsyen menjadikannya 16 pasukan, maka ia merangkumi 12 pasukan teratas Liga Super musim ini, dua pasukan [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.