Wednesday, 20/02/2019


Selangor 4-2 N.Sembilan

Published on May 15, 2010 by   ·   No Comments

SELANGOR terus gah di taktha Liga Super apabila mengutip tiga mata penuh dengan menewaskan Negeri Sembilan 4-2 di Stadium Shah Alam, malam ini. (LIHAT VIDEO)

Selangor bagaimanapun tersentak dengan dua gol awal pelawat melalui Idris Karim pada minit ke-28 dan Norizam Salaman pada minit ke-31 namun Mohd Amirulhadi Zainal berjaya mengurangkan defisit jaringan sebelum tamat separuh masa pertama dengan satu gol pada minit ke-41.

Dalam babak kedua, kebangkitan Selangor nyata gagal dibendung oleh juara Piala FA musim ini apabila tuan rumah menjaringkan tiga gol melalui Mohd Hardi Jaafar pada minit ke-64, Mohd Amirulhadi (65) dan Mohd Bunyamin Omar pada minit ke-74.

Kemenangan ini membolehkan Selangor mengumpul 38 mata, mengatasi pencabar terdekat Kelantan di tangga kedua yang meraih 35 mata setelah turut mencatatkan kemenangan di Stadium Sultan Mohammed Ke-IV, Kota Bharu.




coded by nessus

Tags: , ,

Readers Comments (0)




Latest News