Monday, 26/08/2019


Selangor kekal lapan mata dahului Kelantan

Published on May 29, 2010 by   ·   1 Comment

SELANGOR kekal mendahului pencabar terdekatnya, Kelantan dengan kelebihan lapan mata apabila kedua-dua pasukan berkenaan menang ke atas lawan masing-masing dalam aksi Liga Super malam ini.

Ketika Kelantan menundukkan Pulau Pinang 3-1 di Stadium Batu Kawan, Selangor tidak tergugat apabila turut mengutip tiga mata penuh selepas mengatasi Perlis 2-0 di Stadium Shah Alam.

Skuad Merah Kuning itu membuka jaringan seawal minit ketujuh permainan melalui Mohd Rudie Ramli yang menewaskan penjaga gol lawan, Mohd Farizal Marlias.

Bekas penyerang kebangsaan itu kemudiannya menambah gol kedua tuan rumah pada babak kedua dengan jaringan pada minit ke-64 untuk membolehkan Selangor mengumpul 50 mata secara keseluruhan.

Kelantan pula mengumpul 42 mata setelah bangkit menewaskan Pulau Pinang 3-1 di Stadium Batu Kawan setelah tersentak dengan gol awal tuan rumah melalui Chun Ken Hong pada minit ke-22.

Skuad bimbingan B.Sathianathan itu bangkit dengan tiga gol pada separuh masa kedua melalui Hairuddin Omar (m-66), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (m-75) dan Che Hishammuddin Hassan (m-88).

Keputusan Perlawanan:

Selangor 2 Perlis 0

N. Sembilan 3 Johor 1

K. Lumpur 1 Terengganu 1

KL Plus 1 Pahang 2

P. Pinang 1 Kelantan 3

T-Team 2 Kedah 2

Johor FC 1 Perak 0




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (1)

  1. […] 2 – 0 3 – 1 1 – 1 1 – 2 1 – 3 2 – 2 1 – 0 […]




Latest News