Saturday, 25/11/2017


Selangor 1-1 Kelantan

Published on July 10, 2010 by   ·   1 Comment

SELANGOR kekal selesa di persada Liga Super selepas mencatat keputusan seri dengan pesaing terdekatnya, Kelantan dalam aksi rancak yang berlangsung di Stadium Shah Alam malam ini. [LIHAT VIDEO]

Selangor mendahului 1-0 pada minit ke-60 menerusi jaringan Mohd Amirulhadi Zainal.

Namun kedudukan itu tidak lama apabila Kelantan bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin lima kemudian.

Sebelum itu penyokong Kelantan nyata kecewa apabila pasukan Kijang dinafikan sepakan penalti pada minit ke-15 apabila Mohd Badhri Radzi dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pemain Selangor. [LIHAT VIDEO]

Ulang tayang televisyen jelas menunjukkan berlaku contact ketika Badhri membawa bola dalam kawasan penalti Selangor.

Selangor memungut 54 mata manakala Kelantan lima mata di belakang untuk kekal di tangga kedua Liga Super.

Saingan Liga Super 2010 kini hanya tinggal empat perlawanan sebelum menutup tirainya musim ini.

Baki Perlawanan Selangor

  • Selangor vs Pulau Pinang (17 Julai)
  • T-Team vs Selangor (28 Julai)
  • Selangor vs Terengganu (31 Julai)
  • Kedah vs Selangor (3 Ogos)

Baki Perlawanan Kelantan

  • Kuala Lumpur vs Kelantan (17 Julai)
  • Kelantan vs KL Plus (28 Julai)
  • Johor FC vs Kelantan (31 Julai)
  • Kelantan vs T-Team (3 Ogos)

Baki Perlawanan Terengganu

  • Terengganu vs Johor (17 Julai)
  • Perlis vs Terengganu (28 Julai)
  • Selangor vs Terengganu (31 Julai)
  • Terengganu vs KL Plus (3 Ogos)



coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (1)

  1. […] 1 – 1 2 – 1 1 – 1 4 – 0 0 – 5 1 – 1 5 – 0 […]




Latest News