Safee Sali kembali perkuat Selangor

July 6th 2010 | Posted by admin


SELANGOR mendapat tonik tambahan menjelang aksi Liga Super menentang Perak di Ipoh malam ini apabila penyerangnya, Safee Sali menamatkan hukuman penggantungan empat perlawanan yang dikenakan sebelum ini.

Penyerang kebangsaan itu dijangka akan diturunkan bagi mengetuai jentera serangan skuad Merah Kuning bagi memastikan tiga mata penuh ketika berdepan pasukan Seladang malam ini.

Safee, 26, sebelum ini terlepas aksi bertemu KL Plus, Pahang, Perlis dan Johor setelah dikenakan hukuman tersebut berserta denda RM2,000 atas kesalahan mengasari pengadil ketika aksi separuh akhir Piala FA menentang Negeri Sembilan di Paroi pada 3 April lalu.

Lantas pemain kelahiran Kajang itu kini begitu bersemangat untuk kembali beraksi membantu Selangor mempertahankan kejuaraan Liga Super dalam baki enam perlawanan yang tinggal.

“Selepas lama tidak beraksi, memang rasa tak sabar nak bantu Selangor semula untuk mencapai kemenangan demi kemenangan bermula dengan perlawanan bertemu Perak ini.

“Dari segi fizikal saya rasa tidak menjadi masalah kerana sepanjang tempoh rehat liga, saya telah dipanggil menyertai latihan skuad kebangsaan di Turki.

“Dengan beraksi tiga perlawanan di sana, ia telah menambah semula keyakinan diri kerana mengetahui skuad kebangsaan masih memerlukan khidmat saya,” kata Safee ketika dihubungi Kosmo! di Ipoh petang semalam.

Related Posts

Norshahrul Idlan kekal status Pemain Paling Bernilai 2011

Norshahrul dianugerah Pemain Paling Bernilai Supermokh NORSHAHRUL Idlan Talaha mengekalkan gelaran Pemain Paling Bernilai Supermokh dalam majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-Astro Arena-FAM 2011 yang diadakan di hotel Holiday Inn, Glenmarie, Shah Alam tengah hari tadi. Penyerang Kelantan yang menjaringkan 19 gol dalam kempen [...]

Khairul Fahmi calon pilihan

SEIRING dengan slogan 100- PLUS, Outdo Yourself, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat berjaya membuktikan bahawa dia sememangnya calon paling layak untuk merangkul anugerah Pemain Muda Terbaik 2010. Namun, keputusan pemenang bagi kategori itu serta beberapa kategori lain hanya akan diumumkan pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan [...]

Norshahrul wira Red Warriors

KELANTAN sekali lagi berjaya mengulangi pencapaian terbaiknya dalam tempoh 40 tahun apabila layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut setelah menunjukkan jalan keluar buat Kedah hasil kemenangan tipis 1-0 pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi. Tahun lalu, Kelantan [...]

Akmal Rizal wira Kelantan benam Selangor

AKMAL Rizal Rakhli membuktikan dirinya tetap berbisa apabila muncul wira dengan menjaringkan satu gol dan mencipta satu lagi untuk menjulang Kelantan muncul pasukan pertama mara ke separuh akhir Piala Malaysia dengan kemenangan 3-0 ke atas Selangor di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, malam tadi. Terikat tanpa jaringan di Stadium Shah Alam dalam suku [...]

Syed Adney sedia galas harapan

PENJAGA gol Kelantan, Syed Adney Syed Hussain bersedia meneruskan aksi cemerlangnya pada pertarungan menentang KL Plus dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu malam ini. Keyakinan tersebut diluah Syed Adney selepas dia mendapat semula sentuhan kemas dalam dua perlawanan terdahulu. Menurutnya, peluang yang [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Bola Sepak Berita Liga Malaysia Terkini. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.