Thursday, 21/06/2018


Prebiu Kelantan-Johor: Sathianathan hormati skuad Jengking

Published on January 13, 2010 by   ·   No Comments

KELANTAN tidak memandang rendah terhadap kemampuan Johor walau pun turun selaku tuan rumah dalam aksi Liga Super menentang skuad Jengking bimbingan bekas pemain kebangsaan, Nasir Yusof malam ini.

Kedua-kedua pasukan akan bertemu buat pertama kali bagi aksi Liga Super 2010 di Stadium Sultan Mohd Ke-IV dan tiga mata penuh tentunya menjadi buruan selepas mencicir mata pada aksi pembukaan musim Sabtu lepas.

Kelantan sekadar seri tanpa jaringan dengan Terengganu di tempat lawan, manakala Johor lebih hampa apabila tumpas di gelanggang sendiri kepada Kedah.

Ketua jurulatih Kelantan, B Sathianathan berkata, walau pun Johor tewas 0-3 ketika menentang Kedah, tidak mustahil pasukan itu mampu bangkit dan kerana itu pemain Kelantan perlu berwaspada bagi memastikan tiga mata penuh tidak terlepas di depan para penyokong sendiri.

“Kata orang, kadang-kadang harimau yang luka itu lebih garang daripada harimau yang kuat dan tidak cedera, jadi kita kena berwaspada dengan Johor,” katanya mengulas pertemuan menentang Johor malam ini selepas pasukannya melepaskan dua mata berharga di sebalik mencipta banyak peluang jaringan ketika menentang Terengganu tiga hari lepas.

Menurut Sathianathan, dalam bola sepak pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

Setakat ini katanya, beliau berpuas hati dengan persembahan kesebelasan pemain yang diturunkan pada aksi pertama walau pun agak kecewa kerana nasib jelas tidak menyebelahi skuad The Red Warriors.

Tambahnya, percaturan yang dibuat beliau tidak menunjukkan wujud kepincangan dalam permainan.

Malah katanya, keputusan tidak menurunkan beberapa pemain harapan seperti Mohd Norfarhan, Sany Fahmi, Zairol Fitri, Zamri Ramli dan Mohd Niza Ayub tidak menjejaskan mutu permainan skuad Kijang itu.

“Kita mampu menguasai 90 peratus permainan berbanding dengan pasukan tuan rumah,” katanya.




coded by nessus

Tags: , , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News