Friday, 15/11/2019


Prebiu Kelantan-Johor: Jengking tidak patah semangat

Published on January 13, 2010 by   ·   1 Comment

WALAU pun tewas perlawanan sulung Liga Super kepada Kedah Sabtu lepas, Johor tidak patah semangat untuk mempamer aksi lebih menarik ketika bertandang ke Kota Bharu menentang Kelantan malam ini.

Pengurus pasukan Jengking, Datuk Abdul Aziz Sapian berkata, semangat anak buah bimbingan Nasir Yusof tetap tinggi walaupun kecewa setelah dibelasah Kedah 3-0 di Stadium Larkin tiga hari lalu.

“Moral dan semangat pemain-pemain tetap berada pada tahap yang tinggi untuk menentang Kelantan. Kita akan memperbaiki segala kelemahan dan menunjukkan prestasi lebih baik apabila ke Kelantan (malam ini),” katanya.

Menurut Abdul Aziz yang juga Naib Presiden 1 Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Nasir Yusof selaku jurulatih pasukan telah pun mengenal pasti beberapa kelemahan ketika aksi menentang Kedah sehinga mengakibatkan skuad tuan rumah tunduk dengan mudah.

Katanya, antara kelemahan ketara dikenal pasti adalah kegagalan tindakan penyudah jentera serangan yang kurang berkesan serta kekurangan stamina pemain pada separuh masa kedua.

“Kita telah pun mengarahkan Nasir dan Salehan Mat Som (jurulatih penyerang) supaya dapat mempertajamkan jentera serangan supaya mereka dapat memperbaiki ketumpulan barisan depan kita sebagaimana dalam aksi kelmarin (menentang Kedah),” ujarnya.

Tambah beliau, jurulatih juga akan menekankan kepada aspek stamina pemain di dalam latihan selepas ini, berikutan persembahan kurang bermaya terutamanya pada separuh masa kedua yang berpunca daripada kekurangan daya tahan fizikal dan stamina.

“Kita yakin selepas beberapa masalah ini berjaya diatasi, Jengkin akan tampil dengan aksi yang lebih mantap dalam perlawanan-perlawanan seterusnya, bermula dengan pertembungan menentang Kelantan (malam ini),” jelasnya.

Pun begitu, Abdul Aziz sedar akan kekuatan Kelantan yang memiliki beberapa pemain kebangsaan di samping corak permainan yang agresif, justeru beliau tetap menghormati pasukan tuan rumah.

Namun beliau yakin Johor berupaya mencipta kejutan dan mampu untuk mencatat keputusan yang baik di Kota Bharu.




coded by nessus

Tags: , , , , ,

Readers Comments (1)

  1. aina says:

    taniah kepada kelantan sebab masuk gol
    pokyie selamat hari cinta kita berdua




Latest News