Tuesday, 27/10/2020


Prebiu Kedah-Perlis: Kemenangan sulung bakar semangat Hijau Kuning

Published on January 13, 2010 by   ·   1 Comment

MESKI pun masih terlalu awal untuk mengukur kekuatan pasukan bola sepak Kedah pada musim ini, namun kemenangan 3-0 ke atas Johor, Sabtu lepas memberi amaran bahawa cabaran Sang Kenari tidak harus dipandang mudah.

Kemenangan bergaya dalam aksi sulung Liga Super itu menghadirkan keyakinan kepada penyokong Hijau Kuning bahawa sentuhan ketua jurulatih yang baru, Ahmad Yusof mungkin mampu mengembalikan kejayaan bagi pasukan yang pernah bergelar juara treble berganda itu.

Kehadiran penyerang Mohd Azlan Ismail turut dilihat berupaya memperkemaskan bahagian depan skuad Sang Kenari yang pada musim lalu sering kali dihantui dengan masalah ketumpulan jentera serangan.

Ahmad bagaimanapun enggan pasukannya hanyut dibuai kemenangan sulung berkenaan kerana menyedari saingan Liga Malaysia 2010 baru bermula dan perjalanan Hijau Kuning untuk mengulangi kejayaan seperti yang dikecapi pada musim 2007 dan 2008 masih panjang.

Sambil mengakui pembukaan musim 2010 bagi Kedah berjalan seperti yang diharapkan, ketua jurulatih berusia 49 tahun itu melihat masih ada ruang yang perlu diperbaiki oleh anak buahnya jika mahu mencabar sebarang kejuaraan musim ini.

“Kita mempunyai sasaran sendiri dan menyedari saingan liga pasti lebih getir pada musim ini. Apa yang Kedah mahu lakukan ialah mengambil satu perlawanan ke satu perlawanan,” katanya.

Sang Kenari akan menentang naib juara Liga Super musim lalu, Perlis di Stadium Darulaman, malam ini.




coded by nessus

Tags: , , , , ,

Readers Comments (1)

  1. paan says:

    Mantap ah..teruskan menyebar sumber2 berita mengenai liga super di sini..kalau nak mengharapkan paper kureng sket…teruskan ye..tenQ




Latest News