Saturday, 17/08/2019


Prebiu Kedah-Johor FC: Kenari fokus bahagian serangan, persefahaman

Published on January 16, 2010 by   ·   No Comments

Latihan terus dipergiat dan dipertajamkan oleh pasukan Sang Kenari bagi memastikan kehebatan pasukan itu dapat diteruskan di setiap perlawanan Liga Super, musim ini.

Ketua Jurulatih, Ahmad Yusof berkata, kegagalan pasukan itu pada perlawanan menentang Perlis, Rabu lalu, di Stadium Darul Aman dilihat kurangnya persefahaman dalam kalangan pemain yang harus diperbaiki.

Menurutnya, apabila kurangnya persefahaman dalam kalangan pemain, sekali gus telah menjadikan banyak peluang Sang Kenari untuk menjaringkan gol akhirnya gagal.

“Saya lihat peluang untuk menjaringkan gol banyak, namun ianya tidak berjaya dan kita akan perbaiki mutu permainan berkenaan untuk bangkitkan kembali semangat dalam kalangan pemain.

“Pada sesi latihan kita juga akan memfokuskan kepada jentera serangan untuk pastikan pasukan kita dapat menjaringkan gol pada perlawanan akan datang,” katanya.

Ahmad berkata, apa yang dilakukan pada sesi latihan itu juga adalah bagi mengembalikan persefahaman dalam kalangan pemain manakala jentera serangan pula akan diberi fokus terhadap langkah mereka untuk menjaringkan gol.

Beliau berkata, latihan yang dijalankan inilah merupakan langkah untuk memastikan Kedah akan menang pada setiap perlawanan musim ini.

Ahmad berharap pemain terus yakin pada setiap perlawanan bagi menampilkan corak permainan yang mantap.




coded by nessus

Tags: , , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News