Friday, 16/04/2021


Prebiu K.Lumpur-N.Sembilan: Rusa perlu tajamkan penyudah

Published on January 16, 2010 by   ·   No Comments

KAPTEN Negeri Sembilan, Rezal Zambery Yahya mengakui kegagalan membuat penyudahan tepat ke pintu gol lawan antara faktor misi meraih mata penuh tidak kesampaian dan mereka terpaksa akur dengan satu mata diperoleh setakat ini selepas melalui dua perlawanan.

Sehubungan itu, katanya, pemain Negeri Sembilan yang dipilih jurulatih malam nanti perlu memberikan komitmen setinggi mungkin dengan memastikan setiap peluang yang diperoleh tidak disia-siakan sebaliknya disudahkan dengan jaringan gol.

“Perlawanan menentang Kuala Lumpur malam esok (ini) dianggap penentu kepada kekuatan pasukan, oleh itu setiap pemain dituntut memberikan komitmen sepenuhnya untuk memberikan persembahan cemerlang bagi merealisasikan kemenangan.

“Saya berharap mendapat kerjasama padu daripada rakan untuk sama-sama memberikan persembahan terbaik untuk mendapatkan tiga mata sekali gus mempertahankan reputasi pasukan selaku juara Piala Malaysia tahun lalu,” katanya semalam.

Menurutnya, aspek taktikal dan corak persembahan yang diserapkan jurulatih Wan Jamak Wan Hassan tidak menimbulkan masalah buat pemain.




coded by nessus

Tags: , , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News