Saturday, 25/11/2017


Pertemuan Kelantan-N.Sembilan ibarat ulangan final Piala Malaysia

Published on April 17, 2010 by   ·   No Comments

JURULATIH Kelantan, B. Sathianathan menyifatkan pertemuan dengan juara Piala FA, Negeri Sembilan, di Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi hari ini, ibarat ulangan final Piala Malaysia musim lalu.

Lantaran itu, Sathianathan mengakui ia merupakan ujian getir buat pasukannya, untuk mengutip mata dalam usaha mendaki ke puncak Liga Super.

“Kita hormati Negeri Sembilan, mereka punyai barisan yang mantap dan rata-rata pemain sudah serasi dengan corak yang diterapkan.

“Saya harap keputusan yang bakal dicatatkan tidak sama dengan keputusan perlawanan akhir musim lepas,” ujarnya ketika ditemui pada sesi latihan skuad Kelantan di Kota Bharu, kelmarin.

Tambahnya, Kelantan berdepan situasi getir setelah tiga minggu berehat tanpa sebarang perlawanan, sebaliknya Negeri Sembilan aktif dengan saingan peringkat Piala FA.

Jelasnya, tempoh rehat selama tiga minggu tanpa perlawanan kompetitif, digunakan sebaiknya untuk memperbaiki kelemahan.

“Saya mengingatkan pemain supaya jangan bimbang apabila bertemu Negeri Sembilan. Saya optimis kami ada peluang,” katanya.

” Kami tahu mereka kuat, jadi saya arahkan pemain agar memberikan tumpuan seratus peratus pada perlawanan itu nanti,” katanya.

Kelantan dijangka tidak akan menurunkan pertahanan kiri, Zairul Fitri Ishak di Paroi, kerana pemain itu sakit mata.

Penyerang Hairuddin Omar, masih menjalani penggantungan.




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News